“Dia masih ingat sampai hari ni” – Ustaz Terharu Murid India WhatsApp Perkataan Arab Yang Diajarnya Semasa Darjah 3

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dalam pada musim pelajar baru masuk sekolah ni, mesti ada banyak kisah yang dikongsikan netizen di media sosial. Salah satu yang betul-betul menyentuh hati admin ialah kisah seorang ustaz dan pelajar India yang mempelajari Bahasa Arab.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang ustaz yang bakal menamatkan pengajiannya tak lama lagi telah berkongsi kisahnya semasa praktikal di sebuah sekolah dulu.

 

“Jujur dari hati aku, tak pernah aku rasa syukur begini… dia ingat sampai harini apa aku yang aku ajar kawan-kawan dia” 

Menurutnya, tak semena-mena baru-baru ni ustaz tersebut ada terima WhatsApp daripada seorang murid India bernama Velu. Murid ini asalnya macam ‘terpaksa’ lah jugak dengar tiap-tiap hari dia mengajar Bahasa Arab kat kelas.

Tapi tak sangka pulak dari ‘terpaksa’, murid tu berubah dan develop minat untuk hafal semua perkataan Arab yang diajarnya. Wahhh hebat jugak budak ni! 

Sumber: Twitter

 

“Dari mimik muka dia, aku tahu dia agak berminat nak join… aku biarkan je dia campur dengan budak ni dalam kumpulan” 

Sumber: Twitter

 

“Velu pergi dekat aku secara personal dan dia hulur satu pen marker hitam dengan ucapan ‘terima kasih ustaz ajar saya’…” 

Sumber: Twitter

 

“Setahun dah aku tak contact dia dan dia masih ingat lagi apa perkataan yang aku ajar dulu” 

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen yang baca kisah ustaz ni pun rasa terharu sampaikan ada yang mintak nak belajar Bahasa Arab dengan dia tau. Amboi korang! 

Apa-apapun admin doakan semoga ustaz terus maju jaya dan Velu dapat belajar Bahasa Arab ke peringkat yang lebih tinggi. Banyak advantage tau kalau fasih lebih daripada 2 ke 3 bahasa. 

Baca: “Aku dulu mengamuk tak mau pi sekolah” – Netizen Terhibur Video Gelagat Murid Tak Mahu Balik Rumah Sebab Sekolah ‘Best Sangat’

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!