“Aku dulu mengamuk tak mau pi sekolah” – Netizen Terhibur Video Gelagat Murid Tak Mahu Balik Rumah Sebab Sekolah ‘Best Sangat’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam bermulanya hari pertama persekolahan di Malaysia dan seperti korang agak, pasti banyak ragam dan gelagat pelajar tadika dan darjah 1 yang mencuit hati kita semua.

Dalam banyak-banyak ragam, video yang viral semalam ni lah paling rare admin pernah tengok.

 

“Tak nak balik… sekolah ni best sangat!” 

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang murid (admin agak baru masuk tadika) dirakam sedang menangis oleh ahli keluarganya. Dia bukan menangis sebab tak mahu pergi sekolah, tapi rupanya budak ni menangis sebab dia tak nak balik rumah! Katanya, sekolah ‘best sangat’. Laaa macam tu pulak! 

 

“Budak lain nangis tak nak gi sekolah, adik ni nangis tak nak balik rumah” 

Rata-rata netizen geli hati dan pelik jugaklah dengan ragam budak sorang ni. Tapi kebanyakannya faham mungkin adik ni baru first time bergaul dan main dengan ramai kawan. Mestilah dia rasa seronok sampai tak nak balik rumah kan?

Sumber: Twitter

 

“Ni dah lain macam rare dia. Puting dekat mulut, umur 5 tahun dah” 

Seronok melihat keletah budak-budak baru masuk sekolah, seorang netizen lain juga berkongsi kisah murid yang lain dengan ragam yang boleh tahan ‘rare’ jugaklah dari budak kat atas ni. Ni kes tak boleh berenggang dengan puting walaupun dah umur 5 tahun. 

Alahai comelnya… berzikir pun dia boleh lagi dok hisap puting…. harap nanti stop lah ye ikut kawan-kawan lain tak hisap puting. 

Apa-apapun gais, adik ni dah ready dah nak ke sekolah hari ni. Anak korang macam mana? Masih merengek dan meragam ke?

Sumber: Twitter

Admin doakan semoga urusan korang dan anak-anak dipermudahkan. Happy Thursday! 

Baca: “Dulu abang tahu yes no thank you je” – Budak Darjah 1 Curi Perhatian Speaking English Macam Omputih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!