Nama Henry Golding kini semakin dikenali di peringkat antarabangsa dan sudah semestinya ramai netizen berbangga dengan anak kelahiran Malaysia ini.
Selain filem Crazy Rich Asian, Henry Golding juga telah membuktikan bakatnya dengan membawa watak lain melalui beberapa filem Hollywood yang lain termasuklah A Simple Favor di mana dia digandingkan dengan pelakon terkenal Blake Lively dan Anna Kendrick.
Namun, pelakon berusia 33 tahun mendapat perhatian ramai penonton di Malaysia apabila dia tampil berani untuk melakonkan watak lelaki homoseksual.
Adegan berahi dalam filem Monsoon
Filem terbaru lakonan Henry bertajuk Monsoon baru ditayangkan 25 September lepas di UK dan netizen di Malaysia yang telah menonton trailer filem tersebut rata-ratanya terkejut melihat adegan berahi di dalam berkenaan.
Melalui filem itu, Henry dilihat melakonkan babak mencium mulut bersama kaum sejenis iaitu dengan dua orang pelakon lelaki lain, salah seorang adalah Parker Sawyers.
Rasa kekok tapi hormat…
Mengulas lanjut, Henry akui pada mulanya dia berasa kekok untuk bawa watak lelaki homoseksual, lapor sebuah portal. Dia yang mempunyai pengalaman sebagai seorang penggaya rambut dan pernah bergaul dengan golongan sebegitu akui menghormati pendirian setiap individu
Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka.”
Netizen terkejut?
Menurut sebuah blog, netizen Malaysia terkejut menonton adegan bercumbu dengan kaum sejenis dilakonkan oleh Henry. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan adegan sebegitu dalam industri perfileman Malaysia, jadi babak tersebut mula mendapat kritikan.
Namun, melalui Twitter ramai yang berkata ia bukanlah sesuatu yang patut ‘dibawangkan’ kerana Henry sendiri bukanlah seorang yang beragama Islam. Apatah lagi ia adalah filem Hollywood.
Tidak ketinggalan, ada yang turut berpendapat drama dan filem Melayu juga mengandungi adegan atau jalan cerita yang tidak bersesuaian.