“Dia ingat gays ni k*ngkek 24/7” – Hos Ini Dihentam Teruk Sebab Mempertikaikan Cara Bendung LGBT

KIta dah sedia maklum bahawa Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Sudah tentu LGBT ini tidak sewajarnya di bahaskan di negara islam ini.  Tapi itu tak bermakna golongan ini harus ditindas, cukup hanya sekadar membendung daripada ia terus berleluasa.

Baru-baru ini seorang hos dihentam teruk oleh netizen kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu LGBT. Baginya golongan ini patut dikurangkan, tapi kenapa pula kena kecam?

 

“Hanya fokus cara menanganinya iaitu melakukan aktiviti seks songsang menggunakan kondom”

Finaz Yunus menerangkan bahawa kadar statistik HIV semakin meningkat dan ia melibatkan golongan LGBT ini.

“Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu PUNCA masalah. Peningkatan statistik HIV melibatkan LGBT adalah berikutan peningkatan golongan itu, aktiviti seks yang tidak selamat & homofobia.”

Dia memberikan pendapat bahawa puncanya adalah golongan ini sering melakukan aktiviti seks yang tidak selamat. Jadi dia menjelaskan jalan penyelesaian masalah ini adalah dengan mengurangkan golongan-golongan LGBT.

“Namun peliknya mereka hanya fokus pada cara menanganinya iaitu melakukan aktiviti seks sonsang dengan menggunakan kondom & menyalahkan masyarakat homofobia. Tanpa menyentuh penyelesaian paling utama iaitu MENGURANGKAN GOLONGAN LGBT.

Itu yang Mukhayyam & beberapa NGO lain lakukan. Malangnya dikecam & dihina. Siapa yang double standard & bias dalam menilai fakta sekarang ni?”

Kenyataannya ini dikritik hebat dan dibidas semula oleh netizen kerana dia ada pertikaikan cara golongan ini membendung diri hanya memakai kondom dan bagi netizen kenyataannya itu yang seolah-olah mengatakan bahawa golongan LGBT ini hanya terletak pada aspek seksual sahaja.

Bahkan kenyataan itu seolah-olah tujukan bahawa golongan LGBT adalah penyebab utama HIV berleluasa.

 

Dia ingat gays ni k*ngkek 24/7 – Netizen

Mungkin apa yang disampaikan itu lain, tapi lain maksudnya orang fikir, tapi entah lah. Apa pun kita anggap je la ini sekadar perbincangan.

 

Baca : Kesatuan Eropah Nak Bekukan Aset & Buat Sekatan Visa Ke Atas Brunei Kerana Laksana Hukum Islam Terhadap LGBT

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.