in

“Dia dah minta maaf, tutup kes” – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu ‘Buat Bodoh-bodoh’, Netizen Lega Isu Selesai

Sudah Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menjadi isu hangat yang diperkatakan netizen dua tiga hari ini, pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad semalam menyatakan permohonan maaf berhubung isu kenyataannya yang mencetus kontroversi.

Beberapa hari lalu, viral video yang dimuat naik beliau sendiri di Instagram yang menyentuh isu wanita yang perlu ‘buat bodoh-bodoh’ jika ingin bertemu jodoh atau bahagia di samping suami hingga mencetus perbalahan di media sosial.


Lambat Jodoh 1

Menerusi kenyataannya di Instagram, Prof Muhaya berkata, perkara tersebut merupakan satu salah faham kerana kenyataannya itu telah dipetik daripada siaran live di page Facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV yang berdurasi 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini.

“Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan Youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” jelasnya.

https://www.instagram.com/p/CP8GVmMtPmr/

Tambahnya lagi, beliau juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang bekerjaya dan semestinya mendukung serta mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

“Atas salah faham ini, bonda ingin hadiahkan nota ringkas live Cinta dan Cita-cita (di YouTube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul,” katanya lagi.

 

“Sebagai manusia kita takkan terlepas dari buat kesilapan, sebaik-baik manusia adalah yang memaafkan” 

Posting Prof Muhaya telah mendapat pelbagai respon netizen tak kiralah sama ada di Instagram mahupun di Facebook yang berharap isu ini selesai dan tidak diperbesarkan lagi.

Lagipun, Prof Muhaya juga sudah memohon maaf atas kekhilafannya dan diharap netizen lain juga tidak lagi bertelagah berkenaan isu tersebut.

Maaf

Harap netizen di luar sana tak berbalah lagi lah tentang isu ‘bodoh-bodoh’ ni. Isu pun dah selesai. 

Baca: “Biarlah macam bodoh-bodoh sikit” – Prof Muhaya Kata Wanita ‘Independent’ Punca Lambat Jodoh?

Muhaya 1

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.