in

“Biarlah macam bodoh-bodoh sikit” – Prof Muhaya Kata Wanita ‘Independent’ Punca Lambat Jodoh?

Jodoh11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menjadi perhatian netizen di media sosial selepas salah satu video ini sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen dengan info yang disampaikan olehnya.

Pada 5 Jun 2021 lepas, pakar bedah mata ini ada muat naik satu video IGTV untuk mengulas satu perkara berkenaan dengan soal jodoh dalam kalangan wanita.


 

“Testoterone meningkat lambat lah jodoh, asyik nak drive, anak achieve, nak independent, haa memang lah.”

Dalam video yang berdurasi 1 minit 2 saat tersebut, beliau menjelaskan pendapatnya berkenaan dengan soal wanita yang lambat dapat jodoh berdasarkan pemerhatiannya.

Dr Muhaya yang lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai bonda ini mengatakan bahawa perwatakan seseorang wanita itu mungkin menjadi pendorong jodoh lambat sampai.

Beliau juga meminta agar wanita untuk hargai kepimpinan lelaki.

“Boleh tak kita wanita menghargai kekuatan lelaki, mereka ketua. Orang lelaki, suami kita walau macam mana, dia tetap ketua, pangkat besar macam mana kita dekat pejabat, kalau kita ada seorang lelaki itu pekerja am, CEO perempuan, kalau solat siapa kat depan? Masih yang lelaki tu.

Jadi, orang perempuan walau macam mana pun ada, tolonglah kita raikan apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki, waktu imam pun lelaki, nabi-nabi pun lelaki.”

Dalam penjelasannya itu, beliau juga menjelaskan ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

“Orang lelaki suka perempuan yang lembut-lembut, mengharapkan perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu boleh lah. Jadi, siapa yang lambat dapat jodoh itu boleh tengok balik perwatakan macam mana.”

https://www.instagram.com/tv/CPttmE2pT0D/

Dalam pada itu, menerusi caption video tersebut, beliau ada memohon maaf kepada mana-mana pihak kerana seperti yang dikatakan tadi, pendapat yang diberikan ini hanyalah menurut pemerhatiannya sahaja.

Maaf tau kalau ada yang terasa. Bonda cakap ni atas pemerhatian saja mungkin tidak benar.”

Biarpun begitu, ramai netizen yang kurang bersependapat dengannya menerusi ruangan komen. Namun begitu, beliau bersikap terbuka dan tidak melatah atas teguran netizen itu.

Jodoh7

Jodoh8 Jodoh6 Jodoh5 Jodoh4 Jodoh3 Jodoh2 Jodoh

Bahkan, isu ini jadi semakin hangat apabila video tersebut dikongsikan di Twitter dan rata-rata lebih daripada 8,800 orang yang retweet ini mengecam pendapatnya.

Apa pun, beliau dah jelaskan dan minta maaf awal-awal? Malah, ada juga jelaskan bahawa pendapatnya itu mungkin tidak benar. Harap dapat jadikan ikhtibar dan perhalusi lagi dengan pendapat dan pengalaman yang orang lain rasakan.

 

Baca : “Bonda minta maaf” – Ini Respon Prof Muhaya Lepas Video Suruh Pesakit Stop Makan Ubat Anxiety Tular

Muhaya

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.