in

“Ada akademik tinggi dapat apa masa PKP?” – Prof Muhaya Dikecam Netizen Lagi, Persoal Isu Akademik & Kerjaya Wanita

Muhaya 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum reda lagi isu panas berkenaan kenyataan Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk mencari jodoh, kini muncul pula isu baru.



Menerusi satu rakaman video yang tular di Twitter, Prof Muhaya dilihat seakan-akan merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan netizen.

Bodoh 2

Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah. 

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. 

“Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge. 

“Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP ni? You tell me. 

“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” katanya dalam video tersebut.

Menurut mStar, video tersebut merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik dalam Youtube milik Prof Muhaya TV pada 6 Februari 2021. Video itu kini telah mendapat lebih 45,000 tontonan.

 

“Sumpah laa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis nak habiskan PhD…”

Video tersebut telah mengundang kata-kata kritikan dan kecaman daripada netizen yang berpendapat kenyataan mempersoal taraf pendidikan wanita itu seperti ‘tak kena gaya’ kerana beliau juga seorang profesor dan doktor pakar mata.

Malah ada juga yang mengatakan mereka memahami apa yang cuba disampaikan Prof Muhaya namun penggunaan ayatnya tidak sesuai sehingga mengguris hati para wanita.

Wtver

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Korang setuju tak dengan apa yang prof sampaikan tu?

Baca: “Dia dah minta maaf, tutup kes” – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu ‘Buat Bodoh-bodoh’, Netizen Lega Isu Selesai

Bodo

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.