in

“Rugi jadi doktor, bangang jugak” – Kerana Komen Isu ‘Buat-Buat Bodoh’, DM Instagram Dr Amalina Habis Diserang

Ft Amalina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas Prof Muhaya mengeluarkan kenyataan pandangannya sendiri dan ianya telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen termasuklah golongan profesional dan selebriti.


Antara yang turut membidas dan tidak sependapat dengan beliau adalah Dr Amalina Bakri yang telah memberikan pandangannya tentang isu itu. Dr Amalina yang tidak bersetuju dengan apa disampaikan oleh Prof Muhaya itu berkata wanita tidak seharusnya merendahkan tahap intelektual hanya semata-mata untuk menarik minat lelaki.

Saya minta maaf tapi ibu saya tidak mendidik saya untuk menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di depan lelaki supaya saya boleh ‘bertemu jodoh’. “

Awak sedang hantar mesej yang salah kepada gadis dan wanita muda di luar sana. Wanita tidak seharusnya merendahkan level intelektual mereka hanya untuk menarik minat lelaki.” 

 

DM Instagram kena ‘serang’

Rupa-rupanya disebabkan tidak sependapat dengan Prof Muhaya itu, ruangan DM di Instagram Dr Amalina telah ‘diserang’ ramai individu yang tidak berpuas hati. Pelbagai kata-kata tidak elok telah dihamburkan oleh individu itu semua kepadanya termasuklah yang membabitkan hal agama.

Melalui Twitter, Dr Amalina telah meminta pertolongan pengikutnya dan netizen lain untuk bantu report akaun-akaun semua individu yang menyerangnya itu. Seorang individu memberi mesej panjang dan berkata,

Nama je Dr, tak guna kalau BOD*H menilai kiasan ayat ‘BUAT BUAT BOD*H….SHAME ON U la.. Ni ke student paling bijak belambak A time SPM tu?”

Tapi sayang, BOD*H PIANG dalam ADAB< AKHLAK dan TENGGELAN DALAM SIFAT BUSUK HATI DAN JAHIL DALAM AGAMA.”

Ig1

Ig2

 

Tak mengapa jika tidak sependapat

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian Dr Amalina itu mengkritik tindakan individu yang menyerangnya dan berkata tidak salah untuk berbeza pendapat dengan sesiapa pun. Namun tidak sangka pula akan ada individu yang tidak berpuas hati dengan Dr Amalina kerana tidak setuju dengan Prof Muhaya.

Comm1

Comm2

Sementara itu, Prof Muhaya telah pun tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang telah menimbulkan kekecohan. Katanya, ianya adalah salah faham dan jika ada yang mahu penjelasan lebih lanjut berkenaan kenyataan tersebut boleh tonton video di Youtube Prof Muhaya TV.

Baca: “Awak hantar mesej yang salah kepada para gadis” – Dr Amalina Tegur Prof Muhaya Isu ‘Bodohkan’ Diri Untuk Temu Jodoh

Bodoh Wtf

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.