Sudah menjadi kebiasaan untuk kita tidak lagi menggunakan wang kertas untuk melakukan transaksi bayaran kerana kita mempunyai medium yang lebih mudah seperti bayaran melalui transaksi online, QR pay dan juga menggunakan kad kredit atau debit.
Pun begitu, kita kenalah berhati-hati jika berlaku penipuan seperti apa yang dikongsikan di Twitter baru-baru ini yang kononnya melibatkan sebuah restoran makanan arab yang terkenal.
Cashier caj harga lebih dari sepatutnya?
Menerusi perkongsian video di Twitter @TravelJimat, seorang individu mendedahkan juruwang di sebuah restoran makanan arab terkenal di Bukit Bintang telah mengecaj harga makanan lebih daripada sepatutnya iaitu sebanyak RM98 daripada harga sebenarnya yang hanya kurang daripada RM30.
Persoalan sekarang macam mana warga asing boleh senang-senang meniaga kat Malaysia sedangkan rakyat Malaysia sendiri susah nak mohon lesen meniaga. Kat Bukit Bintang dengan kampong baru tu bersepah kedai warga asing.
@DBKL2u @KLCCC_DBKL pic.twitter.com/ENbGDgYMzl— Travel Jimat (@TravelJimat) February 12, 2023
Tambahnya lagi, taktik scam tersebut dilakukan apabila pengguna membayar menggunakan kad kredit atau debit, yang mana juruwang berkenaan akan ‘scan’ kad tersebut ke mesin kad tetapi ia dilakukan secara tersembunyi iaitu di bawah meja.
Secara tidak langsung, pengguna tidak sedar akan amaun bayaran yang dimasukkan dan berlakunya penipuan.
“Bila buat payment guna card, minta resit”
Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mempersoalkan bagaimana warga asing boleh mendapat lesen berniaga di negara ini dan berani melakukan penipuan.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tips untuk elak ditipu dan ada juga yang bersangka baik kemungkinan cashier berkenaan tersalah ‘key in’ nilai wang hingga berlakunya salah faham antara peniaga dan pembeli.
Apa-apapun tidak dapat dipastikan sama ada apa yang didakwa video tersebut sahih dan sehingga kini masih belum ada siasatan dari pihak berkuasa atau penjelasan dari pihak restoran berkenaan isu itu.
Baca: Tawar Barang Berjenama Dengan Harga Murah, Modus Operandi Terbaru ‘Scammer’ Facebook