Scammer kini sedang aktif menjalankan aktiviti penipuan mereka dengan pelbagai cara dan teknologi.
Terbaharu, didapati satu jenis taktik penipuan yang sedang menular di Facebook iaitu menawarkan barangan seperti skuter dan kelengkapan dapur jenama mewah dengan harga murah.
Terpanggil untuk menyebarkan kesedaran, seorang pengguna Twitter @Axyfyna berkongsi beberapa tangkap layar hantaran Facebook mengenai sindiket penipuan tersebut.
“Buat beratus fake account nampak macam orang Malaysia”
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, dapat dilihat harga yang ditawarkan tidak masuk akal dan dalam masa yang sama, hantaran itu juga dibanjiri dengan komen seolah-olah seorang pengguna yang sudah membeli dan berpuas hati dengan promosi yang ditawarkan.
tolong hati2 dekat facebook ada modus operandi scammers. dorang buat beratus fake account nmpk mcm org malaysia lps tu komen dekat post bagi nmpk mcm real. takut pakcik makcik tertipu sbb 1 post sampai 15K likes pulak tu😥 pic.twitter.com/fkOkRCc0qt
— Fyna | Swifty 🍉 (@Axfyna) January 29, 2023
Difahamkan, modus operandi penipuan di mana pembayaran akan ditolak selepas mangsa memasukkan butiran kad.
Kemudian, secara automatik pembayaran akan dibuat tanpa mangsa perlu memasukkan nombor TAC dan mangsa tidak akan mendapat barangan yang dibeli.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan ada netizen yang berkongsi sudah terpedaya dan hampir terjebak dengan modus operandi ini.
Dalam pada itu, netizen juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati tidak terjerat dengan taktik penipuan sebegini lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembelian barangan secara online.
Orang muda perlu mainkan peranan penting sebab golongan warga emas lebih cenderung jadi mangsa scammer.
Baca: “Diugut makan babi & tikus” – Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Syukur Dapat Pulang Malaysia