in

“Dia buta, mestilah polis percaya” – Remaja Sering Dicabul Bapa Cacat Penglihatan Tapi Polis Tak Buat Apa-apa?

Collage 4

Kita selalunya memang lebih simpati dengan orang kurang upaya sampai merasakan yang dorang ni macam tak pernah buat dosa.

Disebabkan itu, wanita berusia 25 tahun dari Kuala Lumpur ni jadi depressed bila bapa kandungnya yang cacat penglihatan tak dikenakan apa-apa tindakan walaupun sepanjang zaman kanak-kanak dia sering dicabul bapanya sendiri.

Wanita yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai A ini menceritakan kepada WORLD OF BUZZ yang bapanya telah melakukan perbuatan terkutuk ni sejak dia kecil lagi.

Cabul
Gambar hiasan

“Mak saya ajar, supaya jangan biarkan orang yang tak sepatutnya sentuh bahagian sulit banyak kali tapi saya tak tahu kenapa dia ajar saya benda ni dari kecil.”

Menurut A, ibunya tahu tentang perbuatan suaminya itu tapi tak boleh nak buat apa-apa kerana ibunya juga cacat penglihatan dan sering dipukul setiap hari tak kira siang atau malam.

Bukan tu je tiga adik beradiknya yang lain turut sering didera oleh bapa gadis ini. Kerana itu, kadang-kadang rumah mereka akan didatangi polis selepas mendapat aduan dari jiran mereka.

Rumah saya memang bising, banyak jeritan dan keganasan yang berlaku. Bila polis datang, saya bagitahu dorang tapi tak ada tindakan apa-apa.”

25Yo Msian Woman Reveals How Her Blind Father Got Away With Sexually Abusing Her World Of Buzz 2
Gambar hiasan

A menjelaskan, sebab kenapa pihak polis tak ambil tindakan adalah kerana bapanya sering reka cerita lain pada pihak polis dan menggunakan kekurangan fizikalnya sebagai senjata untuk mendapat simpati.

Bila polis datang, dia tukar cerita. Dia buta, mestilah polis percaya cerita dia.”

Disebabkan tak ada tindakan lanjut, A mula putus harapan dan keadaan mentalnya menjadi tak stabil. Dia juga tak ada tempat nak minta tolong kerana ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa dan saudara-mara yang lain semuanya duduk di Pulau Pinang.

Sejak dia meningkat remaja, bapa A mula berhenti melakukan penderaan seksual tapi emosi gadis ini masih terganggu dan sehingga hari ini dia masih duduk dengan keluarganya namun berharap dia akan keluar bila dia menamatkan pengajiannya di universiti.

Allahu, kesiannya bila tak boleh nak buat apa-apa macam ni. Hopefully, A dan keluarga dia yang lain dapat bantuan segera dari pihak berkuasa atau organisasi swasta dan bapanya ditangkap.

 

Baca: “Bukan dijaga malah diseksa!” – Isteri Tergamak Aniaya Suami OKU, Pukul & Seret Bila Kurang Duit Mengemis

Screenshot 2020 02 04 At 3.20.19 Pm