in

“Dia bukan pakar dalam hal ni” – Pengamal Perubatan ‘Sound’ Zuraida Buat Nyah Cemar, Bazir Duit & PPE!

Zuraida Apo

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dikritik pengamal perubatan dan golongan profesional kerana dikatakan melakukan operasi nyah cemar di beberapa tempat sekitar Selangor.

Menurut Malaysiakini, viral video menunjukkan Zuraida memakai pembesar suara depan khalayak ramai dekat sebuah pasar di Petaling Kaya. Zuraida dilihat memakai sut hazmat sedang menyembur cecair penyahjangkit di jalan raya dan mendakwa ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Nyah4

Nyah7

 

“Zuraida bukan pakar dalam hal ini”

Kumpulan NGO Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) berkata ada 3 sebab utama mengapa pengamal perubatan dan golongan profesional mengkritik tindakan Zuraida:

  • Penyemburan disinfektan seperti itu tidak berkesan
  • Sut itu sukar untuk didapati sekarang dan sangat-sangat diperlukan oleh para pekerja barisan hadapan di hospital (Zuraida membazir sut dengan melakukan operasi yang tidak sepatutnya itu).
  • Beliau bukanlah seorang yang pakar dalam hal ini. Bercakap di hadapan himpunan orang yang ramai, yang mana video dan portal berita telah melaporkan bahawa himpunan tersebut antaranya terdiri daripada orang awam. Zuraida melanggar perintah kawalan pergerakan.

Nyah8

 

Netizen pun kritik Zuraida, tetap ‘degil’ lawan pakar & KKM

Ramai netizen turut mengkritik Zuraida kerana ‘kedegilannya’ dan sombong tidak mahu dengar kata orang yang lebih pakar daripadanya. Malah, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman sendiri berkata tindakan menyemburkan cecair nyah kuman di jalan raya itu sebagai satu pembaziran dan wang yang dikeluarkan itu lebih baik digunakan untuk membeli peralatan perlindungan diri (PPE).

 

Tidak rasa kesal, pertahankan tindakannya

Meskipun sudah ditegur pakar, Zuraida tidak berasa kesal dan mempertahankan tindakannya itu sebagai satu tindakan yang baik. Menurutnya, terdapat dua operasi membasmi kuman, salah satunya pembersihan nyah cemar di jalanan.

Satu (lagi) melalui hazmat team yang akan masuk ke masjid-masjid dan surau-surau atau tempat yang kita tahu ‘high-risk’ yang telah kita laporkan, yang itu kita buat. Kita betul-betul lap di kawasan-kawasan pintu, cermin tingkap dan sebagainya. Sangat teliti.”

Nyah3

Nyah2

Katanya lagi, disebabkan cara Covid-19 merebak masih belum diketahui sepenuhnya oleh saintis maka adalah lebih baik untuk lakukan kerja-kerja pembasmian di lebih banyak tempat.

Kerana kritikan ini tidak mengambil kira perkara yang lebih mendalam. Setakat ini, sampai sekarang, belum lagi ada satu rumusan yang tepat bagaimana koronavirus ini disebar atau tular.”

Satu ketika kata bersin, batuk, dan di sini, di sana. Mungkin airborne dan sebagainya. Jadi kalau kita spray (sembur) di jalanan, tidak menjadi isu kerana kita tak boleh terlepas apapun. Jadi kita membuat sanitasi kawasan awam yang mana kita mengunakan trak bomba dan sebagainya untuk menyembur di satu jalanan.”

Baca: “Takpelah belajar dari kesilapan” – Operasi Nyah Cemar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tak Ikut SOP KKM?

Feature 3

Sumber: theSundaily
Sumber: Malaysiakini
Sumber: The Star
Sumber: Malaysiakini