in

Dengan Ketinggian 221 cm Pada Usia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Bergelar ‘Remaja Tertinggi Dunia’

Feat Tinggi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral baru-baru ini kisah mengenai seorang remaja lelaki yang baru berusia 14 tahun yang bakal bergelar “Remaja Tertinggi Dunia” menurut Guinness World Records.


 

Tinggi 221 sentimeter

Pelajar lelaki yang berasal dari Bandar Leshan di wilayah Sichuan, China ini mempunyai ketinggian melebihi ahli keluarga dan rakan-rakannya. Dia dikatakan mempunyai ketinggian 221 sentimeter (7 kaki 3 inci)!

Lapor Daily Star, ketinggiannya itu telah diukur sendiri secara rasmi oleh pegawai dari Guinness World Records dan sedang menunggu pengesahan untuk bergelar “Remaja Lelaki Tertinggi Di Dunia!”

Pelajar sekolah yang dikenali sebagai Xiaoyu itu telah mencatat ketinggian terkininya pada 18 Oktober yang lalu. Bukan itu sahaja, tarikh tersebut juga merupakan tarikh hari lahirnya yang ke-14.

Feat Tinggi 1

 

Perlu tempah perabot khas 

Disebabkan ketinggian luar biasanya itu juga, Xiaoyu perlu menempah perabot khas khusus untuk kegunaannya.

Menurut neneknya,

Dia telah membesar dengan lebih tinggi sejak dua tahun lepas. 

Pada Ogos lalu, keluarganya telah menghantar permohonan agar Xiaoyu diperakui sebagai “Remaja (Lelaki) Tertinggi” dalam Guinness Book of World Records.

Tinggi 1

 

Sahut cabaran dunia

Xiaoyu memberitahu sejak dia masuk sekolah, dia mula perasan bahawa dia mempunyai ketinggian yang melebihi kanak-kanak seusianya. Tambahnya lagi, rakan-rakannya sering tersalah anggap dia sebagai pelajar senior.

Perkara itu agak menggangu saya namun saya memutuskan untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang positif dengan memohon kepada Guinness untuk melihat sama ada saya berjaya untuk memegang rekod dunia tersebut. 

Lu Lei yang merupakan pegawai pensijilan dari Guinness World Records telah datang ke Leishan untuk menyahut cabaran Xaioyu.

Pegawai yang terlibat telah mengukur ketinggian Xiaoyu sebanyak tiga kali pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk memastikan ketinggiannya adalah betul.

Feat Tinggi 2

Rekod ketinggiannya itu telah dihantar ke London untuk diaudit oleh ibu pejabat Guinness. Setelah dipastikan, Xiaoyu bakal bergelar pemegang rekod dunia yang terbaru.

Baca: Rekod Dunia! Wanita Ini Berjaya Selesaikan 350 Kursus Dalam Tempoh 3 Bulan Lockdown

Baca Tinggi

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.