in

Rekod Dunia! Wanita Ini Berjaya Selesaikan 350 Kursus Dalam Tempoh 3 Bulan ‘Lockdown’

Bb 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu PKP apa je yang korang buat? Mungkin ada yang belajar masak, buat dalgona coffee tak pun layan drama Korea kan?


Tapi pernah tak korang terfikir untuk ambil kursus online sampai boleh selesaikan beratus kursus dalam tempoh yang singkat?

Itulah peluang yang diambil oleh seorang wanita dari New Delhi, India yang berjaya menghabiskan 350 kursus online dalam tempoh 3 bulan. Wow!

B 2 4

 

Isi waktu lapang masa lockdown dan berjaya cipta rekod dunia

India Today melaporkan Arathi Reghunath berjaya berbuat demikian untuk mengisi masa lapang ketika India mengenakan perintah berkurung berikutan pandemik Covid-19.

Arathi yang merupakan seorang penuntut tahun dua Sarjana Sains Biokimia itu mengikuti kursus secara dalam talian dengan jumlah yang membanggakan sehingga berjaya disenaraikan dalam Universal Record Forum (URF).

Dia memaklumkan bahawa pihak universitinya, MES College banyak membantu dan mencadangkan agar dia mengikuti kursus tersebut.

“Saya diperkenalkan dengan kursus dalam talian ini oleh pensyarah, koordinator dan tutor di universiti. Terdapat pelbagai kursus dalam talian yang disediakan dan saya berjaya melengkapkan semua kursus hanya beberapa minggu selepas mendaftar.”

Arathi telah menyelesaikan kursus dari beberapa universiti yang sangat berprestij di seluruh dunia termasuk, John Hawkins University, University of Virginia, University of Colorado Boulder, University of New York, Technical University of Denmark dan University of Copenhagen.

B1 4

 

Hebatnya, min pun waktu PKP nak work form home pon liat. Siapa ada minat nak belajar kursus online bolehlah jadikan Arathi ni sebagai idola. Semoga berjaya!

Baca: WOW! Saintis India Cipta Alat Pengesan Covid-19 Mirip Ujian Kehamilan, Lagi Murah Dan Cepat

Bb 2

Sumber: Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.