in

“Demam suhu 38.5 darjah celcius” – Dua Lelaki Sepatutnya Kuarantin Tapi Langgar Arahan Pergi Mencuri Motosikal di PPUM

Demam Menyamun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haish apa nak jadi! 

Dalam kita sibuk duduk di rumah demi nak melawan wabak COVID 19 daripada merebak, dua lelaki telah diberkas polis ketika leka dengan kegiatan mencuri motosikal di kawasan parkir Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Sabtu lalu.


Mencuri motosikal tu dah satu hal, tapi yang lagi parahnya seorang daripada dua lelaki itu telah ditahan di wad selepas katanya mempunyai kontak rapat dengan individu di bawah pengawasan (PUS) yang memakai gelang pink dan menjalani kurantin di blok Program Perumahan Kerinchi. Adui… 

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata suspek yang berusia 19 tahun itu turut menjalani pemeriksaan suhu badan dan mendapati ia mencecah 38.5 darjah celcius. Uish dah kira demam tu! 

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1317967819569471488

“Suspek turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan sedang menunggu keputusan lanjut. Sementara seorang lagi suspek (yang berusia 26 tahun) dibawa ke unit kecemasan dan sedang dirawat susulan berlaku pergelutan bersama mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, kedua-dua ditahan selepas kegiatan mereka disedari pemilik kenderaan yang sedang menuju ke kawasan parkir berkenaan.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian pada kira-kira 4.24 petang oleh mangsa yang juga bekerja sebagai polis bantuan di situ. 

“Mangsa yang selesai menjalankan tugas telah menuju ke motor jenis Yamaha 125z miliknya sebelum melihat kelibat dua suspek berkenaan,” katanya.

81603059019 Acpzairulnizam

Susulan itu, mangsa telah meminta bantuan rakan setugas dan sekaligus membawa kepada penahanan kedua-dua suspek. Semasa menjalankan pemeriksaan, dijumpai beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri motosikal.

Melalui semakan polis juga mendapat suspek mempunyai rekod lampau bersabitkan kes dadah. Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Bahaya betul sekarang ni. Sudahlah mencuri, kalau ada Covid tak ke naya polis tu semua. 

Baca: “Ingat! Jika warga Selangor leka…” – Catat 160 Kes Terkumpul, Penularan Wabak COVID 19 di Selangor Kian Meningkat

Go

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.