Semalam, kecoh di media sosial tentang kisah seorang ibu tunggal yang menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha Y15 daripada pendakwah selebriti, Ebit Lew.
Mana tidaknya, ibu tunggal yang dikenali sebagai Emy itu dikatakan bekerja sebagai Foodpanda walker demi membesarkan seorang cahaya mata perempuan selepas berpisah dengan suaminya.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, apabila muncul seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrul Rosli, menafikan yang mereka telah berpisah dan hubungan mereka masih baik.
Saya dan isteri baik je?
Bukan itu sahaja, dia turut menegur Ebit yang dikatakan tersalah fakta berkenaan hubungan rumah tangganya dan berkata mereka kini masih dalam proses penceraian di mahkamah bukannya sudah lama terpisah seperti yang didakwa.
Malah lelaki ini juga mendakwa Ebit sekadar membuat content apabila menyuruh isterinya berpakaian seragam pekerja Foodpanda sambil mendukung anak sebelum video pemberian motosikal itu tular di media sosial.
Buat permohonan maaf
Bagaimanapun, pada Selasa malam, Fakhrul telah memuatnaik permohonan maaf kepada Ebit Lew atas dakwaan yang dibuat sebelum ini.
Dalam kenyataan itu, dia juga memaklumkan sudah bercerai dengan isterinya selepas hadir ke mahkamah pada Selasa petang (semalam).
“Berkenaan status saya dan Amy, kami bukan lagi suami isteri setelah dapat keputusan daripada mahkamah sebentar tadi,” katanya.
Sebelum ini, Ebit dalam posting Instagram berkata dia berjumpa Amy yang bekerja sebagai pembantu sambilan restoran dan juga Foodpanda walker.
Dia juga sudah lama terpisah dengan suaminya dan sedang membesarkan cahaya mata seorang diri.
Ebit Lew telah mengambil inisiatif dan menghadiahkannya sebuah motosikal Ysuku untuk memudahkan proses bekerja Emy.
Korang boleh lihat posting asal di bawah.
https://www.instagram.com/p/Ck5nJoQjlpi/
Apapun tuan badan dah mohon maaf, kita doakan yang terbaik je lah..
Baca : [VIDEO] Ebit Lew Beri Kereta Pada Ibu Tunggal Viral Kerja Rider Sambil Bawa Anak Buta