in

“Datang sebab pendarahan, balik dapat baby” – Wanita Ingat Kena ‘Busung’ Rupanya Allah Nak Bagi ‘Hadiah’

Bersalin Terkejut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zuriat ialah anugerah daripada Tuhan yang sering dinanti-nantikan mana-mana pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Ada orang dapat rezeki awal, ada pulak yang lambat. Semuanya telah ditentukan Tuhan buat kita.


Menerusi perkongsian Facebook Info Ibu Hamil, seorang staf ‘dressar’ di hospital bernama Azrie telah memuat naik kisah seorang ibu yang tak tahu langsung dirinya sudah hamil. Apa yang lebih menarik, bila sampai je hospital… tup-tup si ibu dah nak beranak! Aikk macam mana tu! 

 

“Keajaiban rezeki Allah tak pernah diduga. Patient datang sakit pendarahan vagina. Dah 5 tahun nikah tapi tak ada rezeki untuk dapat baby” 

Menurut Azrie, seorang pesakit wanita berusia 38 tahun telah datang ke hospital dan mengadu dia mengalami ‘bleeding’ atau pendarahan vagina. Lebih menyedihkan pasangan ni dah 5 tahun berkahwin tapi masih tak ada anak.

Bila ditanya kali terakhir datang period, pesakit ni tak sure pulak sebab periodnya datang tak menentu. Malah bila tengok perut, memang nampak besar sikit tapi pesakit ni cakap dia hanya pergi berurut sebab orang kampung kata dia mungkin kena busung. Alahai… 

 

Mudah 1
sumber: facebook

 

“Syukur dua-dua selamat. Si ayah terpinga-pinga terkejut sebab tak sangka langsung selama ni ada baby dalam perut” 

Mujurlah pesakit tadi dapat lahirkan bayinya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah. Cuma agak terkejut sedikitlah sampaikan si bapa bayi tu tak sempat nak sediakan apa-apa barang anak.

Alahai syukur sangat atas kurniaan ALLAH! 

Mudah 2

Baby
sumber: facebook

Apa-apapun admin nak ucapkan tahniah pada pasangan suami isteri ini. Memang anugerah Tuhan yang paling terindahlah walaupun dalam keadaan terkejut sikit dapat berita ni. 

Baca: “Syabas si bulus yang berjasa” – Kucing Jadi Hero Temui Bayi Perempuan Yang Dibuang Di Kawasan Pembakaran Sampah

Bulus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.