in

“Syabas si bulus yang berjasa” – Kucing Jadi Hero Temui Bayi Perempuan Yang Dibuang Di Kawasan Pembakaran Sampah

Kucing Penyelamat E1616897108285

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin banyak pula kes pembuangan bayi di merata tempat. Ibu-ibu ini dah tak sayang anak ke? 


Lebih menyedihkan dalam kes terbaru ini, seorang bayi perempuan telah dibuang di tempat pembakaran sampah, semalam dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu. Namun mujurlah seekor kucing berjaya menemuinya dan menyelamatkan bayi tersebut daripada bahaya, lapor Sinar Harian. Alhamdulillah! 

 

“Niat nak cari Laila sebab lari keluar rumah. Pastu dah sampai situ dengar baby nangis…” 

Menerusi perkongsian pemilik kepada kucing yang menemui bayi tersebut, semuanya bermula apabila suaminya, Mohd Norazam Che Wahab, 31, telah melepaskan kucing betina peliharaan mereka di luar rumah sekitar jam 8 pagi.

Namun tak semena-mena, kucing tersebut berlari pantas ke kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah. Bimbang kucing tersebut hilang, Mohd Norazam pun ikut kucingnya di kawasan itu sebelum mendengar bunyi tangisan bayi.

Kucing

67232093 2517120918308036 1543956338214699008 N

67378377 2517120994974695 7531410803497369600 N

67226171 2517121041641357 8874529896810938368 N
sumber: facebook

 

Jiran ternampak kereta mencurigakan berhenti di tempat pembakaran sampah 

Menurut Mohd Norazam, dia pada mulanya ingat bunyi tangisan itu merupakan bunyi kucing lain yang mungkin ada di kawasan itu. Namun tidak disangka, bayi pula yang dijumpainya.

“Saya dengar bayi menangis, mula-mula saya ingatkan bunyi kucing lain dan tak nampak apa-apa.

“Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput,” tambahnya.

67231466 2517121221641339 8966582642375917568 N
sumber: facebook

Sebaik terlihat bayi itu, dia kemudian memanggil jiran untuk mengambil dan mengangkatnya kerana bimbang ia digigit semut. Manakala anak jiran pula bergegas menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan.

Dalam pada itu, salah seorang jiran juga memberitahu dia ada melihat sebuah kereta mencurigakan berhenti dalam tempoh agak lama di kawasan penemuan bayi perempuan itu pada awal pagi tersebut. 

“Dia nampak tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada saya selepas penemuan bayi ini,” kata Mohd Norazam.

67177568 2517121088308019 1410314359170662400 N

67190600 2517121141641347 5836988309066219520 N
sumber: facebook

 

“Superhero meow! Good job meow!” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini telah memuji penduduk kejiranan berkenaan dan ‘terharu’ dengan petunjuk yang diberikan kucing tersebut. Kucing pun sayang baby tau!

402040
Norazam bersama kucingnya | sumber: sinar harian
Hero
sumber: facebook

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan bayi perempuan itu kini dilaporkan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Terima kasih si meow! 

Baca: “Mata masuk habuk” – Netizen Simpati Lihat Kucing Tak Makan & Setia Duduk Tepi Jenazah Lepas Tuannya Meninggal Dunia

Cing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.