Jiran sepatutnya menjadi keluarga kedua sebab mereka inilah yang akan membantu kita jika ahli keluarga yang lain tiada di rumah. Namun, lain pula ceritanya di Indonesia.
Seorang remaja perempuan telah bertindak kejam dengan membunuh jirannya sendiri yang berusia enam tahun. Kejam gila dia ni!
Menurut Harian Metro, dia dikatakan gemar untuk menonton filem seram seperti Chucky dan katanya dia juga telah terdetik untuk membunuh jirannya itu akibat gemar menonton filem tersebut. What? Senang betul dia terpengaruh ni.
Remaja yang berusia 15 tahun itu dikatakan telah melakukan jenayah tersebut di sebuah rumah di Sawah Besar, Jakarta dengan cara meminta mangsa mengambil permainan di dalam tab mandi.
Selepas mangsa dilemaskan, suspek telah menyembunyikan mayat kanak-kanak terbabit di dalam almari. Kesian weh kat budak tu!
Remaja perempuan terbabit mengaku bahawa dia berasa puas dengan tindakannya itu. Namun, dia telah menyerah diri kepada pihak polis ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Dia juga mengaku bahawa dia sememangnya mempunyai kemahuan untuk membunuh seseorang sebelum kejadian berlaku.
Sekarang ini, kejadian ini masih lagi berada dalam siasatan polis dan pakar psikiatri sebab suspek berkemungkinan mempunyai masalah mental.
Kejadian ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan perbuatan remaja tersebut seperti psychopath. Ada juga yang mencadangkan agar filem-filem seram yang berbahaya tidak sepatutnya ditayangkan di negara ini sebab takut ada kanak-kanak yang akan terpengaruh.
Haih, kanak-kanak yang tak bersalah pun nak dibunuhnya. Admin pulak yang takut.