Hangat sebentar di media sosial beberapa minggu lalu mengenai pendedahan Mondy Tattoo berhubung seorang pendakwah terkenal didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadapnya sehingga melibatkan kes polis.
Dalam perkembagan terbaharu, Mahkamah Sesyen Shah Alam membenarkan perintah injunksi interim (sementara) yang dituntut Ebit lew menghalang Caprice dan Mondy daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi pendakwah itu serta keluarga dan rakan-rakan.
Malah, Caprice dan Mondy diarahkan untuk memadam satu rakaman antaranya di YouTube dan video di Instagram dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara itu dikeluarkan.
Artikel berkaitan: “Kini tiba masanya” – Makin Panas! 8 Tahun Dengan Ebit Lew, PA Tiba-tiba Duduk Semeja Dengan Caprice?
Artikel berkaitan: Kes Ebit Lew-Mondy: 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Dakwaan Gangguan Seksual
View this post on Instagram
Semakan setakat ini, kesemua video berhubung pendedahan itu masih disiarkan di laman YouTube dan Instagram.
Terdahulu, Ebit telah menuntut suatu perintah injunksi mengarahkan defendan pertama (Caprice) dan defendan kedua (Mondy) atau wakil defendan untuk memadam video dan posting serta pernyataan fitnah bertulis.
Selain itu, pendakwah itu memohon defendan membuat permohonan maaf yang akan disiarkan di semua laman sosial dalam tempoh 48 jam selepas kedua-dua individu itu diserahkan dengan perintah termeterai.
Ebit Lew selaku plantif juga menuntut ganti rugi am, teladan, pampasan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sumber: Kosmo!