in

Dakwaan Pasangan Artis Berbulan Madu di Sabah, Polis Bakal Siasat Sama Ada Selebriti Beri Keterangan Palsu

Bulan Madu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial membincangkan isu mengenai pasangan selebriti yang baru berkahwin dikatakan telah merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu.


Menurut Harian Metro, susulan dakwaan tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap pasangan suami isteri terbabit sebaik saja mereka pulang ke Semenanjung Malaysia. 

Screenshot 149 1 768X402 1

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima permohonan merentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac lalu.

Pemohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.

“Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya berusia 31 tahun kemudian tular di media sosial, semalam.

“Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah,” katanya.

Setakat ini, pasangan terbabit masih berada di Sabah dan pihak polis akan memanggil mereka untuk memberi keterangan sebaik kembali ke Semenanjung.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu dan jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas budi bicra polis dalam memberikan kebenaran merentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja ataupun kecemasan.

Terdahulu, viral gambar pelakon wanita bersama suaminya di Sabah yang dimuat naik di Instagram telah mengundang kecaman kerana mereka didakwa merentas negeri untuk berbulan madu.

Isa 1

Walau bagaimanapun, pelakon wanita terbabit ada menjelaskan bahawa tujuan mereka ke Sabah adalah kerana urusan kerja dan meminta netizen untuk tidak menyebarkan dakwaan tidak berasas.

Hmm kita tunggu siasatan daripada polis…

Baca: “Dapat surat merentas untuk urusan kerja” – Bukan Berbulan Madu, Risteena Perjelas Isu Rentas Negeri Dengan Suami Ke Sabah

Honeymoon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.