in

Dakwa Produk Syubhah Di TikTok, Mahsuri Tegaskan Produk Mereka 100% Halal!

Mahsuri2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini ada satu video di TikTok mendapat perhatian netizen apabila pengguna tersebut memberikan satu info kepada umum.


 

Dakwa produk syubhah?

Wanita tersebut menyenaraikan produk-produk yang bukannya buatan muslim, salah satunya adalah produk Mahsuri.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa produk itu bukan buatan muslim tetapi telah mendapatkan sijil halal dan terus menyifatkan ianya satu produk syubhah (was-was, tidak tahu samada ianya halal atau haram).

Mahsuri

Terpanggil dengan info tersebut ada seorang netizen tampil untuk memperbetulkan kenyataan wanita tersebut.

Katanya, produk keluaran syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd ini telah mendapat sijil halal yang sah dan untuk mendapatkan sijil halal itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu melalui banyak proses.

Download 1

Malah, tindakan wanita tersebut yang meragui status halal Mahsuri juga telah menimbulkan fitnah. Ini kerana produk semua produk Mahsuri itu ada disenaraikan dalam laman portal halal sendiri.

Walaubagimanapun disebabkan penjelasan ini, ia telah mendapat perhatian orang ramai dan dikatakan wanita tersebut sudah berhubung dengan syarikat tersebut.

 

Pihak Mahsuri beri respon

Disebabkan kehangatan isu tersebut, hari ini, pihak Mahsuri Food Sdn Bhd sendiri telah tampil memberikan keterangan dan mengesahkan bahawa produk mereka 100% disahkan halal oleh JAKIM.

Malah, Ketua Komersial Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz turut menegaskan bahawa produk mereka buatan Malaysia.

208093643 4460959090589691 3334345484494652042 N

Katanya lagi, mereka melakukan pelbagai langkah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh JAKIM Malaysia untuk memastikan produk Mahsuri ini Halal, Bersih dan Selamat digunakan oleh semua.

 

Baca : “Yang penting halal”- Dulu Jadi ‘Tour Guide’ Keliling Dunia, Kini Abang Sado Kerja Cleaner Untuk Teruskan Hidup

Fi Cleaner

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.