in

“Yang penting halal”- Dulu Jadi ‘Tour Guide’ Keliling Dunia, Kini Abang Sado Kerja Cleaner Untuk Teruskan Hidup

Fi Cleaner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak berlakunya pandemik Covid-19 ini, ramai yang kita ketahui telah hilang pekerjaan dari pelbagai sektor.


Daripada pilot jadi penjual makanan, artis turut berniaga dan banyak lagi tapi tujuan semuanya adalah sama untuk terus menjana pendapatan mereka.

Seperti kisah kali ini, apabila seorang lelaki yang dulunya bekerja keliling dunia, namun sekarang kerjanya pasti ramai yang tak mampu nak buat.

 

Kerja cleaner

Perkara ini telah dimuat naik oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @razijamit di akaun TikToknya.

Di dalam video itu, menunjukkan bahawa dia yang dulunya bekerja sebagai ‘tour guide’ dan telah menjejakkan kaki ke pelbagai negara. Namun sejak pandemik ini berlaku, semuanya berubah dan dia telah memilih untuk menjadi tukang cuci. Jauh kan perginya tu.

Dia turut menyifatkan, bahawa situasi ini sangat memberi kesan kepadanya akan tetapi dia tetap bersyukur dengan rezeki diperoleh kerana datang sumber yang halal.

Perkongsiannya itu sehingga kini telah meraih lebih dari 70k views di TikTok.

@razijamit

Setiap kejadian pasti ada hikmah. Inilah realiti kehidupan saya sebelum dan selepas pandemik. #fyp #realme #reallife #pandemic #covid19 #foryoupage

♬ original sound – musik lite – musik lite

Menurut Razi yang menetap di Johor, tindakannya itu sering menjadi persoalan oleh masyarakat kerana dia ada kelayakan yang membolehkannya untuk mempunyai pekerjaan yang lebih selesa.

Namun baginya, asalkan mendapat gaji yang halal juga sudah baik baginya.

 

“Rezeki tu ada dimana-mana”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Razi dan ada menyifatkan yang dia tak perlu malu kerana rezeki ada dimana saja.

Reak Cleaner 1 Edit

Reak Cleaner 2 Edit

Reak Cleaner 3 Edit

 

Min doakan sesiapa yang mengalami situasi seperti abang sado ni akan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : TikTok

 

Baca : Budak Lelaki Kena Belasah Teruk Dengan Geng Kerja Sebab Tinggi Suara Kat Bini Boss?

Foot Cleaner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.