in

“Dah nasihat jangan kawan dengan arwah” – Keluarga OKU Sahkan Dia ‘Berkawan’ Dengan Isteri Suspek

Collage 35

Harini tular berita tentang seorang lelaki memukul teman lelaki isterinya menggunakan kayu berpaku sampai mati akibat cemburu.

Mangsa Badrul Hisham Ngah Aziz yang juga merupakan seorang OKU meninggal dunia di tempat kejadian di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah semalam.

“Kalau tolak (dia) pun tumbang dan pasti tak mampu lari atau melawan.”

Jen24 1561357199

Menurut Harian Metro, ekoran dari kejadian ini, abang kepada mangsa S Ramli Ngah Aziz mengatakan rasa terkilan dengan tindakan suspek yang sanggup memukul adiknya yang kurang upaya ini hingga mati.

Adik saya OKU, kakinya lumpuh… Kalau tolak pun tumbang dan pasti tak mampu lari atau melawan. Kenapa kejam sangat pukul dia hingga mati?.”

Ramli berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa adik bongsunya ini hanya pada pukul 4 petang.

“Saya berada di rumah bersama ibu ketika mendapat tahu mengenai kejadian dan terus membawa ibu untuk memastikan keadaan adik.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mayat adik masih ada menyebabkan ibu saya menjadi lemah kerana tak dapat menahan sedih serta terkejut dengan apa yang berlaku.”

Lumpuh separuh badan sejak 10 tahun lalu

Kalau korang nak tahu, Badrul hanya tinggal berdua dengan ibunya di kampung sejak dia lumpuh separuh badan akibat angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu.

Badrul yang mempunyai tiga anak ini sudah bercerai dengan bekas isterinya sejak dia lumpuh kaki dan tangan. Namun, baru-baru ini dia dah boleh bergerak sedikit termasuk mampu untuk memandu kereta.

“Saya kebetulan bercuti hujung minggu dan pulang ke kampung untuk menyelesaikan beberapa urusan keluarga.

“Kali terakhir saya berjumpa dan berborak dengan arwah pada malam kejadian sebelum saya keluar ke kebun selepas subuh.”

Keluarga tahu Badrul berkawan dengan isteri suspek

Screenshot 2019 06 24 At 4.20.48 Pm

Apabila ditanya sama ada keluarga Badrul tahu mengenai hubungan Badrul dengan isteri suspek, Ramli mengatakan dia tahu adiknya berkawan dengan isteri suspek dan ibunya pernah menegur isteri suspek supaya tak berkawan dengan arwah.

“Ibu dah nasihat kepada isteri suspek jangan berkawan dengan mangsa kerana arwah memang tak sihat dan dia (isteri suspek) nak buat apa dengan dia (arwah).

“Kami serahkan siasatan kepada pihak polis dan berharap suspek menerima hukuman setimpal.”

Jenazah Badrul akan dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah.

Memang banyak teori dan assumption orang mengenai kejadian ini. Admin rasa kita biarlah pihak polis melakukan siasatan dan tunggu saja update seterusnya.

 

Baca: Duda OKU Dibelasah Guna Kayu Berpaku Sampai Mati Sebab…

Screenshot 2019 06 24 At 4.17.59 Pm