in

Duda OKU Dibelasah Guna Kayu Berpaku Sampai Mati Sebab…

Featured 31
Lobak Merah
Lobak Merah
Duda OKU Dibelasah Guna Kayu Berpaku Sampai Mati Sebab...
Loading
/

Bab-bab curang ini memang menjadi isu yang sangat sensitif khususnya dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Namun banyak faktor yang dipercayai menjadi penyebab kepada kes curang ni seperti yang berlaku di Pasir Salak, Perak semalam.

Seorang lelaki bertindak memukul teman lelaki isterinya menggunakan kayu berpaku sampai mati akibat cemburu yang isterinya mempunyai lelaki lain, lapor Utusan online.

64729300 445208289645385 8107888456497102848 N
Sumber : facebook

65194336 445208349645379 1695989543313866752 N

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30pm di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, mangsa yang juga merupakan duda orang kurang upaya (OKU), Badrul Hisham Ngah Aziz, 42 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Suspek memukul mangsa menggunakan kayu yang berpaku sehingga mati. Isteri suspek yang cuba menghalang bagaimanapun tidak cedera”

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superitenden Nik Rosdi Nik Yahya berkata anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) dihantar ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam.

Tiba di tempat kejadian, anggota tersebut mendapati yang suspek lingkungan usia 40-an sedang memukul mangsa menggunakan kayu berpaku sebelum dia segera diberkas.

“Kejadian berlaku di hadapan rumah isteri suspek yang ketika itu dihantar pulang oleh mangsa. Suspek telah bertindak menyerang dengan memecahkan cermin kereta mangsa sebelum menariknya keluar.”

Suspek juga ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

1 13
Sumber : facebook

Katanya siasatan awal mendapati punca kejadian merupakan akibat dari pada cemburu apabila suspek mengesyaki isterinya ada jalin hubungan dengan lelaki lain.

Suspek yang mempunyai enam anak bersama isterinya itu bagaimanapun dikatakan telah setahun tidak tinggal sebumbung dan kini dalam proses untuk bercerai.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.”

Video korang boleh tengok kat bawah ni :

Baca : Selfie Terakhir : Pasangan Kekasih Sempat Selfie Sebelum Bunuh Diri Akibat Hubungan Tak Direstui

Bunuh Diri