in

“Dah malas bela, buang macam tu je” – Anjing Ditanam Hidup-hidup, Akhirnya Berjaya Keluar Dari ‘Kubur’ Sendiri

Ft Anjing E1617502852494

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anjing dan kucing merupakan haiwan yang sentiasa menjadi pilihan untuk dijadikan binatang peliharaan. Tapi kalau dah bela, biarlah sampai ke hujung nyawanya jangan pula dibuang bila dah tak mahu.


Macam kejadian yang berlaku di utara Rusia ni, bila seekor anjing baka German Shepherd berjaya memanjat keluar dari kuburnya selepas tuannya tanam ia hidup-hidup!

Aik, kalau dah tanam tak kan boleh hidup balik!

Menurut Metro, seorang pemandu telah menemui anjing malang ini berjalan perlahan-lahan di tepi lebuh raya sebelum membuat keputusan untuk patah balik dan menyelamatkan anjing tersebut.

Pemandu itu kemudiannya menyerahkan anjing tersebut kepada pusat penyelamat anjing, Kind City sebelum gambar anjing ini ditularkan oleh sukarelawan pencinta haiwan.

Selepas gambar ini tular, pemilik anjing tersebut akhirnya berjaya dijejaki.

Pasangan pemilik haiwan itu mengaku memberi ubat kepada anjing itu melalui suntikan dengan tujuan untuk menamatkan hayatnya.”

Capture 1 4 2

Tengok tak kesian ke tengok muka dia!

Pasangan itu kemudiannya mencari tempat yang terpencil berdekatan dengan lebuh raya untuk tanam anjing tersebut.

Kejam gila, dah la suntik nak bagi mati lepas tu tanam terus! 

Namun, apabila ujian dijalankan ke atas anjing tersebut selepas ia ditemui, doktor mengesahkan anjing ini berada dalam keadaan yang sihat dan tak ada masalah kesihatan yang serius pun!

Anjing itu dikatakan hanya berada dalam keadaan kelaparan.

Pasangan pemilik haiwan tersebut mengatakan mereka tersilap kerana tanam haiwan peliharaan mereka tu hidup-hidup dan telah pun meminta maaf.

Jadi apa masalah owner dia pun min tak tau la, suka-suka je nak tamatkan riwayat anjing tu!

 

Baca : Terima Laporan Kes Penderaan Haiwan, Lepas Siasat Rupanya Kanak-kanak Yang Dikurung Dalam Sangkar Anjing

Capture 5 8

Sumber: Metro.Co.Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.