in

“Dah la cantik, pandai pulak tu!”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gadis yang cantik memang sentiasa jadi tumpuan ramai, apatah lagi bila mendapat kejayaan akademik yang cemerlang.


Baru-baru ni seorang gadis cantik yang dikenali sebagai Fasiha Latiff jadi perhatian ramai lepas gambar graduasi dia tular di media sosial. Gadis cantik ni baru saja menamatkan pengajian di Trinity College dan kini dah bergelar doktor muda. Baru umur 25 tahun tau!

Sumber: Instagram

Disebabkan hal ni, ramai mengatakan yang Fasiha layak digelar beauty with brain. Rata-rata membanjiri akaun media sosial Fasiha dengan ucapan tahniah atas kejayaan yang diperolehi. Katanya Fasiha wajar dijadikan inspirasi kepada ramai anak muda untuk mengejar impian hidup masing-masing.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Bukan itu saja, ramai yang memuji kejelitaan dan rupa paras Fasiha yang cantik dan bergaya. Memang tak puas menatap kecantikan Fasiha kalau tengok gambar-gambar dia kat media sosial. Memang cantik!

Sumber: Instagram

Paling mencuit hati, ada yang berseloroh mengatakan lepas ni pasti ramai lah pesakit lelaki datang berkunjung ke hospital sebab nak dapatkan rawatan daripada doktor cantik ni. Siap nak suruh tolong doktor Fasiha rawat hati dia tengah ‘sakit’ lagi tau. Amboi!

Sumber: Instagram

Kalau korang nak tahu, Fasiha ni sebenarnya adik kepada pelakon cantik Fathia Latiff. Wah, serba boleh adik Fathia ni! Dah la cantik, pandai bergaya, akademik pun cemerlang. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Fasiha Latiff atas kejayaan ni.

Diharapkan pencapaian Fasiha terus dijadikan inspirasi buat gadis-gadis dan anak muda di luar sana! 

Baca: 10 ‘Beauty With Brains’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.