Nampaknya tak henti-henti lagi kontroversi yang melanda keluarga Da’i Farhan ni. Kali ini, sampai melibatkan kawan baik bekas isteri pendakwah bebas ini pula yang dikatakan telah menjalinkan hubungan sejenis. Biar betul?
Sebelum ini didakwa, Da’i Farhan telah memuatnaik satu gambar di Instagram yang kini telah dipadam bersama kapsyen mengatakan yang bekas isterinya reka cerita tentang kena pukul kerana ‘hubungan istimewanya’ bersama kawan baik, Ches Al-Maliki terbongkar.
Allah buka jln padaku utk lebih kenal siapa dia Ustazah Fatin & Ches serta apa hubungan istimewa antara keduanya..”
Tak cukup dengan itu, isteri kedua Farhan, Noorainul Naqim turut memuatnaik gambar dan kapsyen di Instagramnya menyindir bekas isteri suaminya, Fatin dan Ches. Namun, posting ini juga telah dipadam.
Percintaan pengkid yg tidak kesampaian kerana dendam kesumat akibat kekasih hati dikahwini lelaki straight.”
Fitnah yang sengaja dibuat
Bercakap dengan mStar, Ches telah menafikan dakwaan dari Farhan dan isterinya ini. Dia juga turut memberitahu yang cerita tersebut merupakan fitnah yang sengaja dibuat.
Bagi saya, itu satu fitnah yang sengaja dibuat terhadap saya. Lebih-lebih lagi, saya pelik juga dia delete posting itu.”
Mengenai bukti yang Farhan sebutkan di dalam postingnya sebelum ini juga, Ches turut mengatakan dia tak tahu bukti apa yang lelaki tersebut ada yang dapat menunjukkan dia menjalin hubungan songsang dengan Fatin.
Ches juga menerangkan, dia begitu lantang bersuara mengenai rumahtangga rakan baiknya dan Farhan kerana dia marah dengan tindakan lelaki tersebut menggunakan agama untuk menghalalkan perlakuan buruknya.
Saya tak ada masalah dengan poligami. Saya marah dia gunakan agama. Saya tentang perkara itu. Sebab itu saya selalu tegaskan mengenai penunggang agama.”
Selain itu, Ches juga mengatakan yang Fatin mempunyai perwatakan yang pendiam dan tak berani bersuara. Jadi, sebagai seorang kawan, dia terpanggil untuk membantu.
Dah cerai menyalak lagi
Bagi netizen yang mendengar tentang cerita ini, dorang rasa meluat dengan tindakan balas-membalas membuka aib masing-masing dan menyarankan agar dorang selesaikan secara senyap saja.
Admin tak tahu nak komen apa, harap-harap cepatlah isu dorang ni selesai. Malu anak-anak baca nanti…