in

“Dah boleh daftar!” – Aplikasi MySejahtera Kini Sudah Dikemaskini, Ada Fungsi Vaksin COVID 19

Mysejahtera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah vaksin COVID 19 tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021 lepas, rakyat Malaysia kini sudah boleh mendaftar untuk divaksinkan tidak lama lagi bermula 1 Mac 2021 nanti.


Ada beberapa cara untuk korang daftarkan diri bagi mendapatkan vaksin COVID 19 ni, tapi cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Dan jika korang menggunakan iPhone (maaf Android belum boleh lagi ye), korang boleh mula mendaftar hari ini tau seperti yang dikongsikan posting Facebook Public Health Malaysia ni. 

Anda semua sudah kemaskini apps mysejahtera? Sekarang ada fungsi vaksin. Jom update segera!

Posted by Public Health Malaysia on Monday, February 22, 2021

 

Cara mendaftar vaksin COVID 19 di MySejahtera

Cara nak mendaftar vaksin COVID 19 menggunakan aplikasi MySejahtera ni mudah je. Pertama sekali, korang pergi ke App Store dan update aplikasi tu seperti gambar kat bawah.

Lepas update aplikasi tu, buka semula MySejahtera dan korang akan nampak icon baru ‘COVID 19 Vaccination’ yang seperti admin bulatkan tu. Tekan butang tu dah korang dah boleh buat pengesahan untuk nama penuh, nombor IC dan nombor telefon sama ada betul atau tak. 

Sejahtera Update

Lepas dah disahkan, korang akan diberitahu yang Fasa 1 vaksinasi akan bermula esok, 24 Februari iaitu khas bagi frontliners sahaja.

Proses pendaftaran kemudian diteruskan seperti yang dimaklumkan aplikasi tersebut dengan menjawab beberapa soalan penting seperti sama ada anda berminat atau tidak untuk menerima vaksin, sejarah penyakit dan adakah anda mendaftar sebagai OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tempat tinggal yang terkini.

Soalan

Untuk maklumat lanjut, lawatilah laman web rasmi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan di sini.

Jom daftar vaksin! 

Baca: Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba di KLIA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.