in

“Dah besar dah dia!” – Penyanyi Lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Tegar Jadi Bapa Pada Usia 19 Tahun!

Bapa Tegar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat dengan lagu dari negara seberang ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ yang pernah famous di Malaysia suatu masa dulu? Haa penyanyinya Tegar Septian pada masa tu baru je berusia 11 tahun ketika lagunya menjadi siulan ramai di negara kita.


Macam manapun, masa berlalu pantas dan menurut Harian Metro, Tegar yang kini berusia 19 tahun sudah bergelar bapa muda apabila isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki baru-baru ini. 

Berita itu dimuat naik oleh teman rapat Tegar dan dikongsikan semula oleh penyanyi tersebut di Instagramnya. Anak lelaki itu diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Tegar 1

Tegar dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu di Indonesia. Keputusannya itu telah mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila dia memilih untuk bernikah pada usia yang sangat muda.

Tidak lama selepas itu, Tegar kemudian mengumumkan isterinya hamil dan dia sangat teruja untuk menerima cahaya mata pertama mereka.

Nikah

Tegar Isteri

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia sebelum ini melakar sejarah yang tersendiri apabila memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya telah berjaya mengubah hidup keluarganya yang sebelum ini dirundung kemiskinan. Walau bagaimanapun, dia katanya kembali hidup miskin semula dan ibunya kembali mengemis selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.

Apa-apapun semuanya dah berlalu dan kini Tegar dah jadi seorang bapa pun. Tahniah Tegar dan isteri! 

Baca: Penyanyi Dangdut Rhoma Irama Bakal Dikenakan Tindankan Buat Konsert Dekat Zon Merah

Rhoma

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.