in

“Cuba rentas negeri naik teksi” – Lelaki Bangladesh Dipenjara 2 Tahun, Denda RM12,000 Sebab Cuba Rasuah Polis Ketika Ditahan di ‘Roadblock’

Ft Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hukuman penjara dua tahun dan denda RM12,000. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar kepada seorang lelaki warga Bangladesh selepas dia mengaku bersalah merasuah anggota polis pada 20 Januari lepas.


Menurut FMT, Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman tersebut kepada Mohammad Mosarof, 30, yang didakwa menawarkan suapan RM500 kepada anggota polis, Muhammad Syazwan Ahmad Safiudin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Cuba1

Mosarof yang juga merupakan seorang buruh binaan didakwa berbuat sedemikian selepas dia didapati cuba memberi rasuah ketika ditahan ditahan anggota tersebut di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lunas, Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 3.30 petang.

Difahamkan ketika itu dia bersama seorang lagi individu menaiki sebuah teksi dan sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Lunas, Kulim. Ketika ditahan, mereka gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri sebaliknya menawarkan rasuah agar tidak ditahan.

Cuba2

Wang itu adalah sebagai dorongan agar tindakan undang-undang tidak diambil ke atasnya kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dia didakwa Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Baca: “Ada dalam SOP ke?” – Lelaki Kena Saman Seribu Sebab Keluar Rumah Lepas Pukul 10 Malam

Nightime 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.