in

“Cuba baca Qur’an nak tahu terrorist macam mana” – Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

Jenislam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka pada mula niat hanya nak melakukan  kajian tapi end up terus jatuh cinta dengan agama islam.


Gadis kelahiran Amerika Syarikat, Jennifer R Williams ni pada mulanya nak tahu macam mana Osama Laden menggunakan nama islam untuk melakukan keganasan kepada orang, jadi dia pun berhasrat untuk tahu lebih lanjut pasal islam melalui Al-Quran. .

Menurut sumber All American Muslims, Jennifer boleh fasih dalam bahasa Arab, masa dia baca Al-Quran dia ada terjumpa ‘sesuatu’ yang buatkan dia jatuh cinta. Baca perkongsiannya disini.

 

Kalau anda lalu di kawasan perumahan saya, pasti anda takkan perasan yang saya ni Muslim. Saya tak pakai hijab. Rambut saya perang dan bermata biru dan saya ada ukiran tatu di badan.

Jennifer R Williams

Jennifer membesar di Texas. Dia juga fasih bertutur dalam bahasa Arab, dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang International Security dengan memfokuskan keganasan di timur tengah.

Beberapa tahun dahulu ketika dia sedang membuat kajian dan menulis hal tentang politik islam dan ideologi ahli-ahli Jihad seperti Osama bin Laden yang kononnya melakukan keganasan berpaksikan Al-Quran. Dia sebenarnya tak pernah kaji sedalam-dalamnya pasal kitab suci tu.

Jadi saya pun baca, tiba-tiba ada salah satu kandungan dalam muka surat Al-Quran tu membuatkan hidupnya berubah.

 

Saya menjumpai satu jawapan yang berkaitan dengan kepercayaan, iman dan moral yang buat kan saya tertanya-tanya sejak saya remaja. Saya rasa dekat dengan Tuhan, saya ingatkan saya dah tersasar jauh. Kemudian saya terus memeluk Islam 7 tahun lepas.”

Setelah memahami segala sudut mengenai agama islam, dia juga menyangkal tafsiran yang diputar belitkan oleh orang-orang seperti Al-Qaeda dan ISIS pada hari ini, bahkan sebelum dia berhijrah lagi.

Jennifer menjelaskan bahawa Allah S.W.T merupakan tuhan yang mengasihani, menghargai manusia. Malah Jennifer juga menjelaskan bahawa islam merupakan agama yang indah, ia adalah satu-satunya agama yang mempunyai belas kasihan kepada manusia.

Tapi orang lain pula yang menyebarkan pesanan Tuhan kepada dunia dengan menyalah tafsirkan ‘aman dan harmoni’ itu dengan melakukan keganasan terhadap orang lain.”

Disebabkan itulah dia mula faham konteks yang sebenar tentang agama islam dan faham bahawa islam tiada langsung dikaitkan dengan keganasaan.

 

Baca : Gamer Profesional US Sanggup Masuk Islam – Kahwini Pembantu Domestik Filipina Lepas Cinta Berputik Semasa Main RPG Online

Pelukislam

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.