Seram sejuk rasanya bila bercakap tentang wabak yang sudah membuat satu dunia ketakutan sekarang ni.
Hari ini Berita Harian melaporkan, jumlah kematian akibat jangkitan wabak Coronavirus di China sudah meningkat kepada 41 orang — manakala lebih 1000 orang sudah dijangkiti!
Agak mengecewakan juga, kerana setelah wabak itu tersebar ke seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat dan United Kingdom dan menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai — barulah pihak pemerintah Beijing membuat keputusan untuk mengenakan perintah kuarantin ke atas penduduk Wuhan.
Dan lebih menyeramkan, sama ada korang sedar atau tidak — sebenarnya ada seorang individu yang sudah lama meramalkan perkara ini akan berlaku sejak ratusan tahun dahulu.
Menurut Daily Star, individu tersebut adalah Nostradamus iaitu seorang ahli nujum terkenal dari Perancis.
Sebelum ini, pemerhati dan sekumpulan besar peminat teori konspirasi berkata — Nostradamus telah meramalkan dengan tepat beberapa insiden yang akan terjadi selepas kematiannya.
Antaranya termasuk penguasaan Hitler dan Napoleon, serta kejadian serangan 9/11 di Amerika Syarikat.
Dalam ramalannya, Nostradamus mencatatkan bahawa: “The great plague of the maritime city will not cease until there be avenged the death of the just blood, condemned for a price without crime, of the great lady outraged by pretense.”
Orang ramai berpendapat, ramalan Nostradamus itu merujuk kepada kemunculan wabak baru yang hampir sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) — iaitu coronavirus yang sedang mengancam dunia ketika ini.
Kota maritim dalam ramalan itu, dirujuk kepada Hong Kong — yang sebelum ini pernah berdepan ancaman penularan wabak SARS.
Manakala ‘the great lady’ itu pula dikatakan merujuk kepada Menteri Kesihatan China, Wu Yi — yang memainkan peranan penting dalam mengawal sebaran virus SARS.
Sejauh mana kebenaran dan intepretasi daripada ramalan Nostradamus ini tidaklah dapat dipastikan, malah bagi umat Islam — haram hukumnya kita mempercayai ramalan-ramalan sebegini kerana masa depan adalah hal ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Apa pun, jaga kesihatan dan elakkan daripada mengunjungi tempat-tempat awam ketika ini untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit yang bukan-bukan sekarang ni ye.