Dengan 69,186 kes dan angka kematian meningkat melebihi 1,700 orang, siapa yang tak takut dengan virus COVID-19 ni? Malah lebih merisaukan, sehingga kini tiada antidot yang dihasilkan untuk melawan virus ini.
Di Malaysia saja, kita ada 22 kes dan negara jiran, Singapura pula sudah 72 orang dijangkiti dengan penyakit ini.
Disebabkan hal tersebut, Senator Amerika Syarikat (AS), Tom Cotton ketika ditemubual Sunday Morning Futures berkata, kerajaan China telah menipu dan terus menipu sehingga ke hari ini mengenai punca sebenar penularan wabak COVID-19, lapor Astro AWANI.
![tom cotton donald trump iran nuclear 2 1508268619 e1508269816781](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/tom-cotton-donald-trump-iran-nuclear-2-1508268619-e1508269816781.jpg)
“China sudah menipu sedari mula”
Tambah Tom, ada banyak perkara mengenai COVID-19 yang dikatakan bermula di pasar makanan laut di Wuhan, China ini yang masih tak diketahui ramai.
“Situasi ini makin memburuk sebab China telah menipu sedari mula dan terus menipu sehingga hari ini.
“Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini.
“Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut,” katanya.
![w1240 p16x9 coronavirus 4](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/w1240-p16x9-coronavirus-4.jpg)
COVID-19 bermula dari makmal bio-keselamatan?
Tom juga pada masa yang sama mendakwa virus berkenaan berpunca dari sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak tak jauh beberapa batu dari pasar tersebut.
“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” kata Tom.
Dalam pada tu, South China University of Technology juga turut mendakwa koronavirus kemungkinan berasal dari sebuah makmal di Wuhan.
Sebabnya, Pusat Kawalan Penyakit Wuhan dan Institut Virologi Wuhan rupanya ada membuat kajian terhadap kelawar dan penyakit pernafasan yang dibawa haiwan tersebut di sana.
![ycbat120220](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/ycbat120220.jpg)
Para saintis kat China percaya yang virus tu mula hidup dalam fasiliti kajian yang terletak cuma 300 meter je dari pasar Wuhan.
Makmal simpan 605 ekor kelawar di Hubei?
Kertas kajian oleh Botao Xiao dan Lei Xiao dari universiti tersebut juga mengatakan yang Pusat Kawalan Penyakit Wuhan sebenarnya telah ‘lahirkan’ penularan wabak tu di wilayah Hubei kerana simpan haiwan bawa penyakit ni dalam makmal mereka.
Ini termasuklah 605 ekor kelawar yang dikaitkan dengan virus tersebut!
Laporan tu juga menyebut – Urutan genom (genome sequences) daripada pesakit adalah 96 peratus atau 89 peratus menyerupai koronavirus Bat CoV ZC45 yang ditemui pada Rhinolophus (spesis kelawar).
![CPT50342686](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/CPT50342686.jpg)
Tambah laporan ni lagi, macam mana pulak kelawar asli yang hanya terdapat 600 batu jauhnya dari pasar makanan laut kat Wuhan ni boleh ada di sana, sebab kebarangkalian kelawar untuk terbang dari wilayah Yunnan dan Zhejiang adalah minimum.
Apa-apapun bagi admin kalau betul China menipu dari segi ini, mereka patut berterus terang dan cuba selesaikan isu wabak ni secepat mungkin. Hampir setiap hari angka kematian meningkat dan ekonomi juga terjejas disebabkan wabak ni.