in

“Virus bertahan lama dalam cuaca dingin dan kering” – Cara Nak Elak Sebaran Covid-19? Tutup Penyaman Udara

Untitled Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angka kematian akibat jangkitan wabak berbahaya Covid-19 di China dilapor semakin meningkat, dan terkini jumlahnya dikatakan sudah pun melepasi 1,500 mangsa.


Dan di Malaysia pula, hari ini Kementerian Kesihatan memaklumkan dua lagi kes baharu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 19 orang. Kedua-dua individu tersebut merupakan warga China.

Peningkatan jumlah jangkitan secara tidak langsung membuatkan orang ramai takut dengan ancaman wabak ini, justeru pelbagai langkah pencegahan dibuat untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Antaranya termasuklah menitikberatkan kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan dan menggunakan sanitiser sebagai perlindungan tambahan.

Sebenarnya, ada satu lagi langkah yang mungkin boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut iaitu dengan menutup penyaman udara dan hanya menggunakan kipas angin.

Saranan itu dinyatakan seorang pakar saintis dari Singapura, Profesor Tan Chorch Chuan.

Capture

Kajian awal mendapati, virus dapat bertahan hidup lebih lama dalam cuaca sejuk dan kering. Sejak penularan SARS pada 2003, pakar telah melakukan pelbagai kajian untuk melihat berapa lama virus boleh hidup dalam keadaan tertentu.

Kebanyakan hasil penyelidikan mendapati, virus tidak dapat bertahan lama dalam persekitaran yang panas dan lembap — seperti iklim tropika di Malaysia dan Singapura.

Selain itu, antara saranan lain adalah membuka tingkap dan pintu untuk memastikan pengaliran udara yang baik di kediaman anda.

Capture 1

Perkara ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Dalam laporan Astro Awani, beliau bagaimanapun berkata — langkah itu hanya akan dipertimbangkan, sekiranya wabak itu menjadi tidak terkawal.

Katanya, jangkitan influenza dan koronavirus epidemik sebelum ini direkodkan paling teruk semasa musim sejuk dan apabila suhu naik penularan penyakit itu dilihat berkurang.

Beliau juga turut menambah, saranan itu masih perlu diperhalusi lebih lanjut mengikut kajian sains.

 

Baca: Coronavirus: Pekerja Kesihatan China Tumbuk Muka Wanita Berulang Kali Sebab Enggan Buat Pemeriksaan

Punch2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.