in

Cayalah! Najib Razak Bercadang Nak Sambung PhD, Sudah Buat Permohonan

Najib Sambung Phd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.


Setelah setahun berada di dalam penjara, Najib Razak dilaporkan sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Perkhabaran itu dikongsikan oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi rakaman podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Artikel berkaitan: “Tikar sejadah menjadi teman…” – Najib Razak Nukilkan Sebuah Puisi Lepas Setahun Dalam Penjara

Artikel berkaitan: Yana Najib Lahirkan Anak Perempuan, Minta Sesiapa Sampaikan Berita Kepada Bapa di Penjara Kajang

Menurut Muhammad Shafee, beliau akan melawat Najib hampir setiap minggu dan kadang kala dua minggu sekali selain bertemu di mahkamah.

Screenshot 2023 12 01 180446

“Dalam mahkamah memang kita ada bertemu setiap kali. Kadangkala saya juga cuba duduk bersama untuk makan tengah hari dengan dia supaya boleh bersembang.

“Dia sekarang sedang membuat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD. Saya gembira fikirannya tidak terbiar,” katanya.

Ditanya bagaimana Najib memperoleh sumber bacaan untuk membantu urusan pengajian, Muhammad Shafee berkata ia dikirimkan sendiri oleh pembantunya dan perlu melalui tapisan pegawai penjara terlebih dahulu.

“Saya rasa bahan (bacaan) itu daripada pembantunya yang boleh melawatnya dan bawah buku untuk dia baca. Kena ada tapisan (untuk bawa masuk buku dalam penjara),” katanya.

1907934

Sementara itu, Muhammad Shafee menafikan dakwaan Najib tidak menjalani hukuman dalam penjara. Katanya, bekas ahli parlimen Pekan itu ditempatkan di sel penjara yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Dia dalam penjara. Penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku bukan?,” ujarnya.

Pada 23 Ogos tahun lalu, sejarah negara merekodkan Najib Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Perdana Menteri keenam itu didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.