in

“Cantik, tak sangka rupanya Uighur” – Kenali Dilraba Dilmurat, Aktres Terkenal China Yang Rupanya Dari Etnik Uighur

Dilraba Dilmurat Chinese

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penindasan yang berlaku kepada etnik Uighur dewasa ini telah membuka mata banyak pihak untuk mengenali siapakah mereka dan budaya etnik minoriti tersebut yang unik dan berbeza dengan penduduk China lain.


Selain keindahan budaya mereka, etnik ini juga dikenali dengan kecantikan kaum wanitanya yang memiliki sepasang bola mata besar dan rupa paras yang mempersonakan. Beza sangat dari orang China lain tu!

Malah tak heranlah kenapa pelakon terkenal dari China ini mendapat perhatian. Beliau ialah Dilraba Dilmurat, aktres terkenal China yang sering terlibat dalam pelbagai drama dan modelling.

Blue
sumber: hotpot

 

1. Beretnik Uighur, antara aktres dan model yang terkenal di China 

Bagi korang yang gemar menonton drama dari China, korang pasti kenal dengan aktres cantik, Dilraba Dilmurat ni. Dilraba ni di China, kiranya dia setandinglah dengan Angelababy dan aktres-aktres famous lain di China.

Dilahirkan pada 3 Jun 1992 di Xinjiang, China, Dilraba merupakan seorang yang beretnik asli Uighur. Malah kalau dilihat daripada wajahnya pun, dia mempunyai bentuk hidung yang lebih mancung, alis mata tebal dan bebola matanya juga agak besar.

Membuat debut pertamanya sebagai pelakon remaja pada tahun 2006, nama Dilraba mula memuncak naik lepas membintangi drama bersiri, Swords of Legends, Diamond Lover, Eternal Love dan Mr. Pride vs Miss Prejudice. 

Malah dia juga pernah terlibat dalam program TV yang diadaptasi dari Korea, She Was Pretty dan Running Man versi China.

Ahhappy

 

2. Masih muda tapi dah menang banyak award di China

Walaupun baru berusia 27 tahun, Dilraba telah memenangi pelbagai anugerah untuk lakonannya termasuklah, Outstanding New Actress ENAwards 2016 (Hot Girl), Best New Actress China TV Drama Awards 2015 (Diamond Lover) dan Best Newcomer China Britain Film Festival 2015 (Mr. Pride vs. Miss Prejudice).

Malah dia juga pernah jadi top 10 artis China dalam carta Artiste Commercial Impact serta dianugerahkan Golden Eagle Goddess award. Wah! 

 

3. Diminati pemain bola sepak, Alexandre Pato 

Peminat Dilraba bukan saja di kalangan orang biasa, tapi pemain bola sepak Alexandre Pato dari pasukan Tianjin Quanjian pernah ‘confess’ rasa cintanya pada aktres wanita tersebut.

Happy
sumber: hotpot

Pato katanya telah berlari sekitar padang dengan membawa poster gambar Dilraba dan pernah memuat naik posting di media sosial yang bertulis,

Saya tidak boleh melupakan hakikat bahawa awak adalah seorang wanita China yang paling cantik.”

Malangnya mesej tu tak berbalas. Erk kena reject ke bro? 

Pout

 

4. Dilraba beragama Islam? 

Meskipun popular dan peminat tahu kisah luar dan dalam aktres tersebut, ramai yang tertanya-tanya apakah agama yang dianuti Dilraba.

Aktres ni tak pernah sekali pun mengakui dia seorang Muslim, mahupun menidakkannya walaupun majoriti ramai tahu yang Xinjiang (tempat kelahiran Dilraba) merupakan tempat tinggal etnik Uighur yang beragama Islam.

Namun Dilraba pernah menimbulkan keraguan netizen apabila dia mengucapkan ‘Eid Mubarak’ di laman Weibo pada tahun 2013. Hmm… 

 

5. Senyap dan tidak buka mulut tentang isu Uighur? 

Oleh kerana Dilraba Dilmurat ialah seorang yang berasal daripada etnik Uighur, ramai di kalangan netizen yang berharap aktres tersebut akan buka mulut mengenai isu ini di media.

Namun keadaan Dilraba menjadi tanda tanya selepas dia tidak memuat naik sebarang gambar di Instagram semenjak September lalu dan ramai yang mula berspekulasi bahawa aktres ini memilih untuk mendiamkan diri kerana takut dengan tekanan dari China.

Speak Up
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, nama Dilraba tetap disebut-sebut peminat dan ramai yang menggemarinya kerana kejelitaan dan kehebatannya dalam dunia lakonan.

Bagi korang yang tak tau, ada ramai lagi aktres berketurunan Uighur yang femes kat China macam contoh Guli Nazha, Tong Liya dan ramai lagilah. Semua cantik-cantik belaka tau! 

Baca: “Wanita muslim Uighur dibawa ke bilik khas dan dimandulkan” – Penghapusan Etnik Paling Kejam & Tak Berperikemanusiaan

Uighurs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.