Pelajar IPTA Rogol Gadis dan Beri Minum Air Bikarbonat Untuk Matikan Sperma

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi

Masih ramai tidak mengambil berat dan tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan ibu bapa memantau pergaulan anak-anak melalui atas talian. Seorang netizen bernama Zeeda Aziz baru-baru ini berkongsi di Facebook tentang antara akibat yang boleh berlaku jika ibu bapa tidak berbuat sedemikian.

“Status ini saya tulis khas untuk semua ibubapa yang membenarkan anak-anak memiliki telefon pintar. Secara spesifiknya, mereka mempunyai akaun WeChat. Jika ada aplikasi berkenaan, tolong pantau pergerakan mereka serapat yang boleh. Anak anda boleh menjadi mangsa rogol, atau menjadi perogol.”

Gambar hiasan

Menurut Zeeda, kisah seorang remaja perempuan yang diceritakan itu merupakan kisah benar mengikut pengalamannya sebagai aktivis sosial. Anak gadis itu dikatakan datang dari keluarga yang disegani ramai dan dikagumi kerana mengamalkan cara hidup yang islamik.

Segalanya bermula apabila gadis itu diberikan telefon pintar dengan alasan untuk memudahkan pembelajarannya. Menurutnya, dengan telefon pintar dia akan lebih mudah berbincang dengan rakan sekolah tentang kerja rumah yang perlu diselesaikan.

Gambar hiasan

Bermula dari situ, rakan-rakan mula mengajaknya untuk menggunakan aplikasi WeChat untuk memudahkan mereka berhubung dan mencari lebih ramai kawan baru. Disitulah dia mula menjinakkan diri dan termasuk di dalam perangkap yang membinasakan.

Pengguna WeChat berlumba-lumba untuk menjadi popular. Lebih ramai kawan, lebih glamour. Dan anak ini terpedaya dengan trend yang tidak berguna. Tanpa dia sedari, salah seorang dari rakan baru di WeChat adalah bakal perogolnya.”

Lelaki yang didakwa merogolnya merupakan anak remaja yang baru melonjak usia 20-an dan sedang menyambung pengajian di sebuah IPTA. Pada luarannya, dia tidak nampak seperti membahayakan, malah datang dari keluarga berpendidikan tinggi. 

Selepas seminggu berbual dan mengenali antara satu sama lain, lelaki itu mengajak gadis berkenaan untuk bersiar-siar menaiki motor ke satu lokasi. Mangsa yang percaya dengan lelaki itu mengikutkan sahaja dan bersetuju dengan ajakannya.

Gambar hiasan

Sebelum keluar, gadis itu meminta izin dari ibunya untuk keluar ke rumah kawan atas alasan untuk menyiapkan kerja sekolah. Bohong pulak tu!

Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke satu lokasi dan merogolnya. Sebelum menghantar mangsa pulang ke rumah, lelaki itu dikatakan telah menyuruhnya minum air bikarbonat kononnya untuk mematikan sperma. Huhhh?

Gambar hiasan

Namun, selepas insiden itu, mangsa tidak membuka mulut dan bercerita kepada keluarganya.

“Kesilapan gadis ini bukan sahaja kerana percayakan perogol, tetapi mendiamkan diri selepas dirogol.”

Zeeda turut berpesan kepada ibu bapa kepada mangsa rogol supaya menguatkan emosi mereka dan membuat laporan polis secepat mungkin.

“Mangsa rogol akan diberi rawatan khas untuk mencegah kehamilan dari berlaku dan DNA dari sisa air mani akan digunakan di mahkamah untuk membuktikan yang dia dirogol.”

Selain itu, dia juga mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi aktiviti telefon pintar anak dan dapatkan nombor telefon rakan-rakan anak supaya keberadaan anak dapat diketahui.

Rogol bukan kes yang boleh dipandang ringan. Anak anda mungkin jadi mangsa rogol atau menjadi perogol. Awasi mereka sebelum terlambat!

Baca: Pelajar Berusia 14 Tahun Mengandung Dirogol Remaja Lelaki Dikenali Melalui Aplikasi WeChat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!