in

“Bukan salahkan kawan tapi… bukan semua orang boleh jadi kawan” – Ibu Haneesya Hanee Buka Mulut Soal Anak Liar di Kelab Malam

H H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi yang melanda juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee melibatkan bersama beberapa finalis rancangan tersebut semakin hangat diperkatakan.


Semenjak video berparti dan ‘teguk arak’ tersebut viral, pelbagai komen dan kritikan yang telah dilemparkan kepada pemenang ini dan hari ini pulak, ibu Haneesya nampaknya sudah buka mulut mengenai isu tersebut. 

Ibu Haneesya Hanee
sumber: blog

 

“Dulu aku ke hulu ke hilir teman dia… sampai ada kata aku mak yang control anak. Tapi bila kita bagi sepenuh kepercayaan…” 

Menerusi posting di Facebook, ibu Haneesya menjelaskan bahawa apa yang berlaku ke atas anaknya hari ini merupakan ujian dan pengajaran besar buat remaja itu.

Malah tambahnya lagi, Haneesya kemungkinan besar telah terpengaruh dengan rakan sampaikan gadis tu lalai dan terlalu seronok dengan kebebasan yang dimilikinya. Maksudnya betullah kan Haneesya dalam video tu? Aduhai! 

Ibu Hanee
sumber: facebook
Hanee
sumber: facebook

 

“Bagus mak dia terus ke depan mengaku salah anak” 

Meskipun mendapat berbakul-bakul kecaman daripada netizen, masih ada jugak yang salute dengan keberanian ibu Haneesya ni yang sanggup mengaku salah anaknya tu.

Ada juga yang berpendapat, tak kena kat anak sendiri bolehlah kita mengata kaw-kaw kan. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, tahulah apa rasanya.

Makcik Cool
sumber: facebook

 

Penganjur Dewi Remaja akan siasat dan ambil tindakan serius ke atas finalis yang terbabit

Disebabkan kecaman dan desakan netizen yang mahu juara serta finalis Dewi Remaja ini ditarik dari gelaran yang diterima mereka, pihak penganjur rancangan Nu Ideaktiv telah mengeluarkan kenyataan awal berkaitan hal tersebut.

Pihak penganjur bakal adakan siasatan terperinci mengenai isu ini dan diharap semuanya akan baik-baik saja nanti. Kita tunggu sajalah kenyataan rasmi mengenai hal ini di Instagram Remaja

Baca: “Ini ke bangga sangat kulit hitam tu” – Video ‘Liar’ Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018 Tersebar, Teguk Arak Di Kelab Malam

Apo Haneesya 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.