in

“Bukan potong barisan tapi nama tiba-tiba disenaraikan”- KJ Perjelas Isu Bukan Barisan Hadapan Jadi Penerima Vaksin COVID 19 Fasa 1

Vaksin Terima Salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, kecoh di media sosial isu yang disuarakan netizen tentang segelintir individu yang bukan petugas barisan hadapan dikatakan telah memotong barisan dalam menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID 19.

Walau bagaimanapun, hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa berlaku kesilapan dalam senarai penerima vaksin bagi fasa satu, lapor Astro AWANI.


71614177036 Khairyjamaluddin

Menurut Khairy, kesilapan itu telah menyebabkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara tak sengaja telah senaraikan nama individu yang bukan petugas barisan hadapan sebagai penerima vaksin COVID 19.

Kini pihaknya sedang mengenal pasti individu terbabit untuk mengeluarkan mereka daripada senarai penerima vaksin fasa satu.

Saya diberitahu bukan salah mereka (tetapi) mereka disenaraikan. Maklumat itu tidak jelas kepada PPV, bukannya dia yang potong (giliran). Tetapi nama dia tiba-tiba disenaraikan. 

“Bukan sebab dua minta tetapi disebabkan oleh PPV itu sendiri yang masukkan (nama) bukan petugas barisan hadapan,” katanya.

553

Dalam pada itu, bila ditanya mengenai isu penjualan vaksin dalam pasaran gelap, Khairy berkata, orang yang mempunyai maklumat berkaitan hal berkenaan boleh saja membuat laporan kepada KKM.

“Kita ada terima laporan secara umum sahaja tetapi saya minta mereka buat laporan KKM. KKM adalah pihak yang bertanggungjawab berhubung dakwaan penjualan vaksin di pasaran gelap,” jelasnya.

Sebelum ini, KKM juga ada memaklumkan individu yang didapati memotong barisan untuk jadi penerima awal vaksin COVID 19 boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara tak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Harapnya janganlah ada yang memotong barisan dalam pengambilan vaksin ye. Kesian dengan frontliners kita. 

Baca: “Boleh terus emel kepada saya” – Netizen Dakwa Ramai ‘VVIP’ Potong Giliran Untuk Vaksin, Ini Respon KJ

Vaksin

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.