Beberapa hari ini, viral di media sosial mengenai mesej yang mengatakan kononnya ada golongan VVIP yang telah memotong giliran untuk untuk mendapatkan vaksin terlebih dahulu sebelum frontliners.
Perkara tersebut kemudian diketengahkan oleh Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter yang selepas itu mendapat perhatian YB Khairy Jamaluddin yang juga selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan.
Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan queue. Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat. https://t.co/HChBkQ8owK
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 28, 2021
Masih belum dapat dipastikan sama ada dakwaan oleh netizen itu benar atau tidak, YB Khairy walau bagaimanapun memandang serius tentang isu ini dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk terus berhubung dengannya melalui emel.
Tambah Khairy lagi, dia juga mempunyai task force yang akan memantau serta menyiasat tentang isu ‘potong queue’ tersebut.
My team has been monitoring whistleblowers’ comments on social media about vaccine queue jumping. I share it immediately with Dato’ Dr Chong DDG @KKMPutrajaya, who is with me in the task force, to investigate. We take every expose seriously. Vaccine equity is important.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 28, 2021
“Wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama cuma VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai”
Menerusi satu lagi tweet terbaru daripada Khairy, beliau juga menjelaskan yang individu kenamaan bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imuninasi COVID 19 Kebangsaan.
Malah wakil rakyat juga disaran untuk mengambil vaksin secara berperingkat.
To be clear, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh. Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Not good. https://t.co/HOdttUVwZ6
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 28, 2021
Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama ini. Cuma sekarang ini VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.
“Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Tidak bagus,” katanya.
Bagi mereka yang mempunyai maklumat berkenaan mana-mana VVIP yang ‘potong barisan’ dalam menerima vaksin, korang boleh saja emel secara anonymous ke kj@mosti.gov.my.
Paling penting, pastikan info korang tu sahih ya!