in

“Bukan nak menyusahkan tapi..” – Kluster Tempat Kerja: PDRM Bakal Tinjau 100 Pejabat di Petaling Jaya Pada Minggu Ini

Kluster Tempat Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak peningkatan dalam kes COVID 19 ini, dapat dilihat bahawa ada beberapa daripada kluster baru yang wujud di Selangor berasal daripada tempat kerja.


Sehubungan dengan itu, Polis Daerah Petaling Jaya komited untuk menggerakkan operasi pemantauan pematuhan SOP di pejabat-pejabat di daerah tersebut mulai hari ini, lapor Astro AWANI.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (IPD), Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, usaha itu adalah sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan penularan wabak COVID 19 membabitkan kluster tempat kerja dapat dicegah.

81603698613 Nikezanee

Menerusi operasi ini, Nik Ezanee berkata, pihak polis akan periksa SOP termasuk pemakaian pelitup muka, dan pengambilan suhu badan serta memberikan nasihat kepada pemilik premis.

“Kalau ikut pengoperasian kita sebelum ini lebih kepada jangkitan dalam kluster sosial dan kita tengok peratusan kluster tersebut di Petaling jaya adalah sebanyak lapan peratus.

“Jadi, tindakan yang kita buat selama ini adalah betul. Jadi, sekarang kita tengok kepada kluster tempat kerja di mana saya sedar dari segi pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat-tempat kerja di Petaling Jaya hampir tiada sebelum ini.

Tujuan kita adalah untuk menasihat dan mendidik. Kita bukan pergi ke tempat kerja untuk menyusahkan orang tetapi ini atas keprihatinan kita kepada komuniti di Petaling Jaya, dan bukan nak menyusahkan,” katanya.

Unnamed 1

Tambahnya lagi, pihak polis menyasarkan untuk ‘kunjungi’ sekurang-kurangnya 100 pejabat pada minggu ini. Okay siap sedia semua!

Operasi mengejut ini akan disertai pegawai-pegawai kanan daripada IPD Petaling Jaya.

“Apabila kita sudah memberikan nasihat dan kita datang balik, mereka yang tidak ikut (SOP) kita akan kenakan kompaun. Setakat ini, 99 peratus mematuhi SOP dan kita tengok kepada statistik, kluster sosial adalah di bawah 10 peratus. 

“Maknanya, kita melakukan strategi yang betul dan bagaimana kita mahu berurusan dengan syarikat perniagaan,” tambahnya.

Terdahulu, KKM memaklumkan terdapat 9 daripada 26 kluster aktif di Selangor kini ada kaitan rapat dengan penularan di tempat kerja.

Pejabat mana yang beroperasi masa PKPB ni siap sedia ye sebab polis nak spot check.

Baca: Malaysia Boleh Bebas Covid-19 Tanpa Vaksin Jika Rakyat Tak Degil, Patuh SOP – Noor Hisham

Sop 1

Sumber: Astro AWANI
Sumber: TUDM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.