Disebabkan nak jumpa kawan yang lokasinya sejauh lebih 800KM, dua remaja bawah umur berumur 11 dan 10 tahun sanggup menunggang motor dari Madura ke Jakarta tanpa memakai helmet!
Wang yang dibawa dalam anggaran hanya RM30 sahaja, motosikal yang dibawa juga tidak mematuhi piawaian jalan raya, sumber melaporkan ianya tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran.
Artikel Berkaitan : Pemandu Teksi Bawa Pelancong Pusing Jalan Jauh, Kenakan Tambang RM800 Dari KLCC ke Masjid Negara
Artikel Berkaitan : Pakar Saran Hidupkan Fungsi Peredaran Udara Sekiranya Perjalanan Jauh, Ini Sebabnya…
Walau bagaimanapun, hajat mereka untuk ke Jakarta tidak kesampaian setelah mereka ditahan oleh pihak polis di Semarang, Jawa Tengah iaitu selepas 400KM perjalanan.
“Saya berjanji nak jumpa dekat Terminal Tanjung Priok di Jakarta pada hari Ahad (19/11/2023), saya ajak kawan saya ni teman saya dan mula bertolak pukul 1 petang,” kata salah seorang remaja tersebut.
Mereka dikatakan pergi tanpa sebarang perancangan dan melakukan sebarang persiapan seperti membawa baju lebih. Mereka hanya memakai t-shirt dan seluar pendek.
“Ya saya tak bawa apa-apa, yang penting bertolak ke Jakarta.”
Jelas remaja ini lagi, ini adalah pertama kali mereka merantau dan perjalanan mereka bergantung kepada Google Maps dari telefon bimbit.
“Kami tunggang motor secara bergiliir, tanpa menggunakan helmet dan sepanjang perjalanan, kami tidak jumpa polis.”
Detik.com melaporkan bahawa duit yang mereka dapat itu adalah hasil daripada pinjaman kawan, duit belanja yang mak ayah beri dan pengasuhnya.
Dalam pada itu, rakan yang bersama remaja tersebut menyatakan bahawa mereka hanya makan mee segera sekali dalam perjalanan ke Jakarta dan hanya bermalam di tepi jalan di daerah Tuban.
Dalam pada itu, bapa saudara kepada salah seroang remaja ini tidak mengetahui mengenai perancangan mereka yang ingin ke Jakarta ini. Mereka pelik kenapa dia tidak pulang sampai larut malam.
Katanya, perancangan dua budak ini diketahui setelah isterinya dihubungi oleh pihak polis dan menghantar foto dan video, sebelum bergegas menjemput mereka. Bagaimanapun, mereka sudah pulang dalam keadaan baik.
Sumber : Detik.com