in

Brek Gagal Berfungsi & Langgar Van, Polis Perjelas Punca Kejadian Tular Warga Emas Dipukul

Ft Polis Explain Punca Kejadian Warga Emas Dipukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular video sekumpulan lelaki memukul warga emas di bahu jalan hari ini, polis tampil memberikan keterangan mengenai punca kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Bin Hassan berkata, hasil siasatan mendapati bahawa ia berpunca daripada kereta jenis Proton Saga yang dipandu warga emas itu dipercayai alami kegagalan fungsi brek dengan baik. Disebabkan itu, kereta tersebut merempuh van sekolah dan kereta BMW.


Artikel Berkaitan : “Apa nak jadi lah” – Warga Emas Dipukul Sekumpulan Lelaki Selepas Terlibat Kemalangan

Artikel Berkaitan :  Warga Emas 79 Tahun Dah Jejak Kaki Ke 193 Negara, Usia Bukan Penghalang Untuk Travel Seluruh Dunia

Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang pelajar sekolah mengalami cedera ringan sebelum tercetusnya kekecohan seperti dalam video yang tular ini.

Walau bagaimanapun, pihak IPD Kajang masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung dengan kejadian ini.

Oleh itu, pihak polis menasihatkan mana-mana individu yang terlibat untuk membuat laporan polis dan orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menyebabkan berlaku kesalahan jenayah seperti memukul.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.