in

Warga Emas 79 Tahun Dah Jejak Kaki Ke 193 Negara, Usia Bukan Penghalang Untuk Travel Seluruh Dunia

F4 Wanita 79 Tahun Melancong Ke 193 Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang memiliki impian untuk melancong ke seluruh dunia kan, namun dek kerana kekangan kewangan dan masa, bukan mudah nak jadikan impian itu sebagai kenyataan.


Namun, seorang warga emas  ini pula memang layak dijadikan inspirasi kerana baru-baru ini, dia telah berjaya menjejakkan kaki ke negara yang ke-193!

Memetik laporan Next Shark, Luisa Yu yang berusia 79 tahun itu baru-baru ini telah sampai di Serbia iaitu negara terakhir dalam senarai negara yang ingin dilawatinya.

16

Difahamkan, dia berhenti kerja sebagai jururawat di Miami, Amerika Syarikat untuk menggapai cita-citanya untuk melawat sebanyak 193 buah negara.

Difahamkan juga, Luisa menggunakan pendapatannya dalam pelaburan hartanah untuk membiayai perjalanannya ke ratusan negara.

Artikel Berkaitan: Cayalah! Najib Razak Bercadang Nak Sambung PhD, Sudah Buat Permohonan

Artikel Berkaitan: Viral Kes Pergi Korea ‘Balik Hari’, Wisma Putra Minta Penjelasan Pihak Berkuasa Korea Selatan

Luisa yang lahir di Filipina ketika zaman mudanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk program pertukaran pelajar.

Dia kemudiannya mula melancong di sekitar A.S ketika berumur 23 tahun. Selepas berjaya melawati lebih 40 negeri di Amerika Syarikat, dia memutuskan untuk melancong ke seluruh dunia.

14

Kisah wanita warga emas itu telah menjadi perhatian ramai setelah dikongsikan oleh Vanna Bojovic, pempengaruh media sosial atau travel influencer.

Kiranya, Luisa mula melancong sejak usia awal 20-an lagi dan baru-baru ini ketika usianya 79 tahun, dia berjaya menjejakkan kaki ke negara terakhir dalam bucket list nya iaitu Serbia. 

Meskipun dia kini telah memasuki kategori warga emas, namun Luisa tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik ketika mengembara.

Sumber: Next Shark, Instagram @luisa_yu14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.