“Botol kicap..Paling besar tin spray cat” – Doktor ‘Kantoikan’ Nafsu Kuda Anak Muda Masukkan Objek Dalam Rektum Sampai Tersekat

Aduhai, tepuk dahi admin bila baca pendedahan daripada seorang doktor ni, nak memuaskan nafsu akhirnya makan diri.

Berdasarkan cerita daripada Hana Hadzrami ni, tiba-tiba rasa curiga orang yang tukang buat tu lelaki ke perempuan. Hurmm, aneh-aneh nafsu eh?

 

Termasuk’ deodoran. Botol kicap pun ada.. Paling besar tin spray cat

Sumber : Facebook

Berdasarkan gambar X-ray patung Buzz Lightyear tersekat dalam rektum dalam perkongsiannya, dia mendedahkan bahawa ada sahaja anak-anak muda kita yang cuba memasukkan objek ke dalam rektum tapi gagal dikeluarkan.

Bahkan ada yang jauh lebih teruk lagi, objek yang diaorang pakai tu besar bak angg! Ngeri admin nak imagine.

“You’ve got a friend in you!

Ini ialah x-ray abdomen dimana patung Buzz Lightyear berada didalam rektum seorang anak muda. Ia tak dapat dikeluarkan kerana butang sayap telah ditekan secara tak sengaja menyebabkan sayap Buzz berkibar dan tersekat.

Menurutnya, mereka dah selalu sangat hadap kes-kes sebegini. Paling lawak lagi bila dah jadi macam ni ada pula alasan tak masuk akal yang dia berikan. Macam lah doktor tu tak tahu.

Kami selalu dapat kes pelik sebegini. Selalunya ‘termasuk’ deodoran. Botol kicap pun ada. Alasan masing-masing sama saja; “saya tak perasan dan ‘terduduk’ atas tu doktor!”

Macamlah kami ni baru lahir semalam!

Paling besar kami jumpa ialah tin spray cat. Tak dapat kami bayangkan proses ‘kemasukan’ objek tersebut.

Tapi ada juga bahaya bila buat macam ni, jangan kerana kepuasan dalam tempoh singkat, hidup jadi merana. Badan merana, malu pun dapat!

Majoriti kes sebegini terpaksa kami keluarkan objek tersebut dalam dewan bedah dibawah pembiusan penuh. Ada yang boleh ditarik keluar, namun ada yang perlu dikerat abdomennya (laparotomy).

Kan tak pasal-pasal malu! Nak seronok berseorangan, hasilnya semua orang tahu! Campur sakit lagi.

Dah. Tak usah buat kerja pelik-pelik ok!! Lipat kain atau jogging pun lagi berfaedah..

Hana Hadzrami
Tak tahu pulak misi Buzz Lightyear ialah terbang ke Uranus!

(Gambar dari IG Medspiration)”

 

Baca : Jelaskan 4 Jenis Koyakan Pada Faraj Semasa Bersalin, No 3 dan 4 Koyakan Paling Teruk!

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.