in

“Boleh pukul cinta saya” – Lee Zii Jia Trending, Peminat Sedia Lightstick Nak Support di Olimpik 2024

Lee Zii Jia Fandom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun gagal melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas di tangan pemain dari China, Chen Long malam tadi dengan mata 21-8, 19-21 dan 21-5, Lee Zii Jia nampaknya masih menjadi pemenang di hati para peminat.



Namanya kini trending di Twitter dan menjadi sebutan ramai sehinggakan ada di kalangan peminat dah sedia nak kumpul duit untuk support Lee Zii Jia di Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris.

000 9H33Eg 1 750X500 1

 

“Lightstick Lee Zii Jia fandom name ‘Shattlehearts'” 

Apa yang lebih menarik, ada di antara netizen nampaknya sudah siap sedia ‘lightstick’ berbentuk raket dan nak bawa lightstick ni ke Paris 2024 nanti katanya. Macam kpop idol dah Lee Zii Jia ni! 

Peminat Lee Zii Jia ini juga menamakan diri mereka sebagai ‘shattlehearts’ dan siap sedia menerima ‘pukulan’ cinta dari atlet badminton ini. Amboi-amboi…

Shattlehearts

 

“Ini bukan lightstick Lee Zii Jia ya” 

Kreativiti dan kegilaan peminat atlet badminton ini telah mendapat usikan Shopee Malaysia di Twitter yang meminta netizen untuk tidak keliru antara lightstick Lee Zii Jia dengan pemukul nyamuk elektrik.

Yalah mana tahu kan, terlampau excited sampai tersilap beli. Adoi! 

Apa-apapun kami di Lobak Merah tetap ingin mengucapkan tahniah buat Lee Zii Jia atas usaha hebatnya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini. Semoga pingat emas milik kita di Olimpik akan datang.

All the best Lee Zii Jia! 

Baca: Olimpik Tokyo: Aaron Chia & Wooi Yik Kalahkan Beregu Badminton No 1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir

Beregu Olimpik

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.