Baru-baru ini, pengguna media sosial melancarkan satu gerakan yang dimulakan dari negara Barat yang dinamakan sebagai Celebrity Block List (Blockout 2024) susulan kecewa dengan tindakan para selebriti dan pempengaruh ini seolah-olah tidak peka dengan isu Palestin.
Gerakan ini diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalankan kerjasama dengan jenama berkaitan Israel.
Malah, gerakan ini turut meraih perhatian netizen Malaysia untuk memboikot segelintir selebriti tanah air yang dilihat masih mempromosikan jenama berkaitan Israel di media sosial mereka.
Artikel berkaitan: Respect! Macklemore Buat Lagu Sokong Palestin, Ini Semua Yang Korang Kena Tahu Tentang ‘Hind’s Hall’
Artikel berkaitan: “Jangan ekstrem & melampau” – Menteri Agama Tegur Isu Ugut Individu Yang Tak Boikot
Antara yang dikecam adalah pelakon Nadhir Nasar namun dia tampil menjelaskan dalam satu kenyataan balas yang dibuat di platform X.
Bimbang disaman
Menurut pelakon Projek: High Council itu, kerjasama dengan jenama berkaitan telah lama dibuat dan ia berdasarkan keadaan ketika itu.
Katanya, membatalkan kontrak secara tiba-tiba mampu memberikan kesan buruk ke atas dirinya. Malah, perkara itu bukan sahaja membabitkan dia tetapi melibatkan banyak pihak lain.
Bagaimanapun, Nadhir mengambil serius setiap maklum balas peminat dan akan menanganinya dengan lebih berhati-hati selepas ini.
Walaupun sudah memberi penjelasan tentang isu itu, ada yang mempersoalkan kebimbangan Nadhir berkaitan kontrak berbanding nasib warga Palestin.
Susulan gerakan ini, beberapa selebriti dan pempengaruh dunia mula memuat naik kembali hantaran solidariti mereka terhadap Palestin.
Apa pendapat korang tentang gerakan ini?
Sumber: X