Memang tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu terutamanya kepada anak pertama melebihi segala-galanya.
Anak pertama inilah yang mengajar seorang wanita menjadi ‘ibu’, yang mana ilmu ini tidak dapat dipelajari di mana-mana.
Namun hantaran yang dimuat naik penyanyi Nourul Depp berkaitan anak sulungnya baru-baru ini di Instagram telah mengundang perhatian ramai kerana dia dilihat seakan berjauh hati dengan anaknya itu.
Artikel berkaitan: “Maklumlah kami tak ikut politik” – Bersuara Soal Politik Kepada Menteri Yang Salah, Nourul Wahab Kena Kecam Dengan Netizen
Artikel berkaitan: “Salam artis roh dan jiwa rosak” – Golongan Artis ‘Kecil Hati’ Dengan Ceramah Ustazah Ini Sebab…
“Wanita dalam gambar ni, dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya”
Menerusi perkongsian itu, Nourul telah menceritakan pengalamannya dalam melahirkan anak sulung dengan penuh kesakitan, namun segala keperitan yang dia hadapi ketika itu telah lenyap sebaik melahirkan bayi tersebut.
Namun menurutnya, menjadi seorang ibu tidaklah mudah kerana perlu merasai pelbagai jenis emosi termasuklah ketika hati disakiti.
Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti.
“Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan.
“Wanita dalam gambar ini, dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya. Dia mengambil wanita baru untuk menjadi ibunya sehingga dia berusia 23 tahun,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kini pula sudah ‘dilahirkan semula’ dan ‘bayi perempuan’ itu menjadi milik ‘orang lain’ dan kepada seorang perempuan yang boleh anaknya itu panggil sebagai ibu.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai komen sedih netizen yang seakan memahami apa yang dilalui Nourul dan mendoakan semoga dia kuat dalam menghadapi dugaan.
Namun bila ada yang meminta penjelasan posting berkenaan mengenai apa, Nourul menjawab yang dia tidak mempunyai sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut.
“Baca je. No need explanation. You sangat kak gayah ye,” tulisnya di komen.
Terdahulu, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 25. Namun pada 2012, Nourul telah berkahwin kali kedua dengan Eric Daniel Depp dari Perancis dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8 dan Isabella, 4.
Apa-apapun kita doakan yang terbaik saja buat mereka.