in

“Biadap!” – [VIDEO] Bengang Kena Saman, Lelaki Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut

Terbalikkan Kereta Jpj Guna Jengkaut

Dikenakan saman oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gara-gara melanggar undang-undang jalan raya itu merupakan perkara biasa.

Namun reaksi seorang lelaki yang marah gara-gara dikenakan saman ini boleh dikatakan ‘luar biasa’ apabila dia nekad melanggar pacuan empat roda milik JPJ hingga terbalik menggunakan jengkaut yang dipandunya. Alamak… 

Bhjentolak301 1656594228

Disaman sebab tak lesen F 

Menurut Berita Harian, menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota JPJ melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, Keningau.

Anggota yang bertugas di lokasi dikatakan telah mengesyaki jengkaut terbabit agak mencurigakan dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan sebelum mendapat tahu pemandunya tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Lepas saman dikeluarkan, pemandu yang marah itu tiba-tiba melanggar kereta milik JPJ sampai terbalik.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, anggota JPJ juga dilihat cuba memujuk pemandu jengkaut terbabit tetapi tidak diendahkan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, tiada anggota JPJ yang dilaporkan cedera, hanya kenderaan yang dilanggar pemandu tersebut yang rosak teruk.

“Teruk nau perangai”

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata mengeluh melihat sikap pemandu yang panas baran itu.

Bayakan Orang

Haih macam-macam ye. Tak pasal-pasal pulak nanti kena tahan polis sebab rosakkan harta benda JPJ. 

Baca: “Dah tak ada hijab” – Cuak Nampak Roadblock JPJ, Lelaki Ini Kelam-kabut Cabut Tinted Gelap

Tinted

Sumber: BH
Sumber: Instagram